Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivobook Go 15

ASUS Vivobook Go 15 (E1504F) Kini Dikuasakan AMD Ryzen 5 7520U

Diterbitkan Jun 1, 2023 · Dikemas kini Jun 1, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan Vivobook Go 15 (E1504F) dengan skrin FHD 15.6 inci, ringan dan padat.

Hadir dalam reka bentuk bergaya dan praktikal seperti engsel rata 180°, Vivobook Go 15 dibina pada kualiti gred tentera AS yang diuji untuk ketahanan dalam situasi ekstrem.

Ia juga cukup berkuasa menerusi cip pemproses terbaru AMD Ryzen 5 7520U dan dimuatkan sehingga 16 GB RAM LPDDR5 dan storan 512 GB SSD.

Vivobook Go 15_E1504F_E1504G_Product photo_1S_Cool Silver_13_Fingerprint_Backlit

Ia juga dilengkapi ciri mesra pengguna lain termasuklah papan kekunci ASUS ErgoSense; persidangan pintar melalui kamera web HD dengan ASUS 3D Noise Reduction (3DNR) dan pembatalan hingar AI.

Vivobook Go 15 juga menampilkan bunyi yang jelas dan berkuasa dengan ciri ASUS SonicMaster dan Pemprosesan Audio DTS.

Vivobook Go 15_E1504F_E1504G_Product photo_1S_Cool Silver_02
Lengkap dengan sambungan bagi pelbagai peranti termasuklah port USB-C® 3.2 Gen 1, port USB 3.2 Gen 1 Type-A, port USB 2.0, HDMI dan bicu audio.
Vivobook Go 15_E1504F_E1504G_Product photo_1S_Cool Silver_17_Fingerprint_Backlit
Vivobook Go 15 baharu senipis 17.9 mm dan berat 1.63 kg sahaja.

ASUS Vivobook Go 15 (E1504F) ini boleh didapati dalam dua varian dengan harga bermula dari RM2,299.

Beli ASUS Vivobook Go 15 (E1504F) di Shopee

Beli ASUS Vivobook Go 15 (E1504F)  di Lazada

Berkaitan

  • MSI Modern 14 - 'Laptop' Bajet Dengan 'Spec' Lama Tapi Masih Mantap
  • (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
  • Ketahui Apa Sebenarnya PWM Dimming

Sumber: Siaran Media ASUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY