Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivobook 15X_K3504Z_K3504V_M3504Y_Product photo_2S_Cool Silver_05_Fingerprint_Backlit

ASUS Umum Vivobook 15X, Harga Bermula Dari RM3,099

Diterbitkan Jun 1, 2023 oleh ariff bukhari

Selain komputer riba bajet Vivobook Go 15, ASUS juga mengumumkan model terbaru Vivobook 15X (K3504 / M3504).

Ia merupakan komputer riba prestasi sederhana yang menerusi varian  cip pemprosesan Intel Core i5-1335U atau AMD Ryzen 7 7730U Mobile  Processor yang digabungkan dengan 8GB RAM DDR4 serta storan ultra pantas PCIe 4.0 SSD berkapasiti 512GB.

Vivobook 15X_K3504Z_K3504V_M3504Y_Product photo_2S_Cool Silver_13_Fingerprint_Backlit
ASUS Umum Vivobook 15X hanya seberat 1.6kg.

Vivobook 15X dilengkapi dengan skrin IPS FHD 15.6 inci dengan lapisan anti silau berserta kamera web HD dengan ciri ASUS 3D Noise Reduction (3DNR) yang memberikan kualiti sidang video yang jelas dan terang.

Vivobook 15X_K3504Z_K3504V_M3504Y_Product photo_2S_Cool Silver_02
Vivobook 15X lengkap dengan sambungan untuk pelbagai peranti termasuklah 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, USB 3.2 Gen 1 Type-C, USB 2.0 Type-A dan HDMI 1.4.
Vivobook 15X_K3504Z_K3504V_M3504Y_Product photo_2S_Cool Silver_12_Fingerprint_Backlit_On
Papan kekunci Vivobook 15X dengan ciri lampu backlit turut menampilkan kekunci Enter berjalur amaran ikonik.

Model ASUS Vivobook 15X (K3504) yang dikuasakan cip intel akan mula berada di pasaran tempatan dalam minggu pertama bulan Jun ini dengan harga jualan bermula dari RM3,099.

Manakala bagi model ASUS Vivobook 15X (M3504) pula akan dijual pada harga RM3,199.

Untuk spesifikasi lanjut ASUS Vivobook 15X, layari laman rasmi ASUS Malaysia.

Berkaitan

  • MSI Modern 14 - 'Laptop' Bajet Dengan 'Spec' Lama Tapi Masih Mantap
  • (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
  • ASUS Vivobook Go 15 (E1504F) Kini Dikuasakan AMD Ryzen 5 7520U

Sumber: Siaran Media ASUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY