Sebelum ini menjadi khabar angin bahawa ASUS akan melancarkan ROG Phone 3 mereka pada bulan Julai. Terkini melalui laman Weibo, pihak ASUS secara rasminya telah mengesahkan bulan tersebut sememangnya tarikh pengenalan peranti berkenaan.
Melalui poster yang dimuat naik, ia memaparkan imej acah peranti tersebut. Sama seperti ROG Phone 2, peranti ini juga bakal menyertakan kolaborasi bersama Tencent Games.
Menurut ASUS, Tencent Games akan memfokuskan kepada prestasi dan optimasi peranti untuk mewujudkan pengalaman permainan yang lebih imersif. Walaupun pelancaran peranti dikatakan bulan hadapan, ASUS tidak menyatakan secara spesifik bilakah tarikh sebenar pengenalannya.
ROG Phone 3 akan membawakan Snapdragon 865 versi lebih berkuasa, paparan 6.59 inci AMOLED, RAM sehingga 12GB, dan bateri berkapasiti 5,800mAh. Buat masa ini spesifikasi peranti hanya berstatus ura-ura disebabkan masih belum disahkan lagi oleh pihak ASUS sendiri.
Sumber: Weibo
Beli ROG Phone 2 di
Lazada: https://invol.co/clpj0h