Pada minggu lalu, ASUS telah mengesahkan ROG Phone 3 akan diperkenalkan pada Julai. Namun, syarikat itu tidak menyatakan tarikh sebenar pelancaran peranti itu.
Terbaru, ASUS dilaporkan telah menghantar jemputan acara yang secara tidak langsung mengesahkan acara pelancaran ROG Phone 3 akan berlangsung pada 22 Julai ini.
Menerusi laporan tersebut, acara pelancaran dalam talian ‘ROG 2020 Game Changer’ akan diadakan secara serentak di Taiwan, Milan dan New York. Dalam acara yang akan berlangsung pada 11 malam itu, ASUS turut dijangka akan memperkenalkan beberapa aksesori yang berkaitan gaming.
Pada masa ini, ROG Phone 3 dikhabarkan akan menjana cip pemprosesan Snapdragon 865 versi lebih berkuasa dengan RAM 16GB+512GB storan dalaman. Kemungkinan peranti ini akan dimuatkan dengan kapasiti 6000mAh, paparan skrin 6.59 inci serta resolusi FHD+.
Untuk lebih lanjut mengenai spesifikasi yang bakal ditawarkan pada ASUS ROG Phone 3, nantikan pelancaran pada 22 Julai ini.
Sumber: Mashdigi
Beli ASUS ROG phone 2 di:
Lazada (https://invol.co/clpuua)