Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TUF Family 2023

ASUS Malaysia Umum Generasi Komputer Riba TUF Gaming 2023, Harga Dari RM4,999

Diterbitkan Februari 22, 2023 · Dikemas kini Februari 22, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan barisan model terbaru komputer riba berprestasi bagi siri TUF Gaming 2023.

ASUS menawarkan siri TUF Gaming mereka dengan cip pemprosesan yang dikuasakan oleh Intel dan AMD.

Bagi siri ASUS TUF Gaming F15 yang dikuasakan oleh Intel, ia ditawarkan dengan harga yang bermula dari RM5,299.

Pilihan cip pemprosesan pula adalah dari siri Intel Core i7 Gen-12 dan 13. Sementara kuasa grafik pula adalah dari NVIDIA® GeForce RTX™ 4050 6GB GDDR6 atau NVIDIA® GeForce RTX™ 4060 8GB GDDR6 dengan paparan 15.6 inci (144Hz).

TUF Gaming F Intel Local One Pager with Price

Untuk siri ASUS TUF Gaming A15 pula yang dikuasakan oleh cip pemprosesan dari AMD, ia ditawarkan dengan harga yang bermula dari RM4,999.

Ia menggunakan cip AMD Ryzen™ 7 7735HS atau AMD Ryzen™ 9 7940HS serta grafik dari NVIDIA® GeForce RTX™ 4050 6GB GDDR6, GeForce RTX™ 4060 8GB GDDR6 atau GeForce RTX™ 4070 8GB GDDR6.

TUF Gaming A AMD Local One Pager with Price

Selain itu, ASUS turut menawarkan satu lagi siri bagi model TUF Gaming mereka menerusi ASUS TUF Gaming A16 Advantage Edition yang dikusakan oleh AMD serta kad grafik Radeon™ RX 7600S 8GB GDDR6.

Paparan pula bersaiz 16 inci dengan kadar segar sehingga 240Hz. Cuma buat masa ini harga jualannya masih belum diumumkan.

24_FA617_ Sandstorm
07_FA617_ Sandstorm

 

 

ASUS TUF Gaming F15 dan ASUS TUF Gaming A15 akan mula berada di pasaran tempatan pada bulan Mac ini.

Manakala ASUS TUF Gaming A16 Advantage Edition pula akan berada di pasaran pada bulan April nanti.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi barisan komputer riba terbaru dari ASUS ini, layari laman rasmi ASUS TUF Gaming Series.

Berkaitan

  • REDMAGIC 8 Pro Tersedia Di Malaysia Bermula RM3,699 - Snapdragon 8 Gen 2, Panel Belakang Lutsinar
  • Gen Z Dilapor Lebih Memilih iPhone Berbanding Android
  • Nothing Phone (1) Kini Boleh Dinaik Taraf Ke Android 13 Secara Rasmi

Sumber: Media ASUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY