Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Malaysia Lancar 4 Model Komputer Riba Baharu Untuk Pelajar Sekolah

ASUS Malaysia Lancar 4 Model Komputer Riba Baharu Untuk Pelajar Sekolah

Diterbitkan Januari 27, 2025 · Dikemas kini Januari 27, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia telah mengumumkan siri terbaru komputer riba mereka iaitu Siri ASUS BR yang direka khas untuk pelajar.

Senayak 4 model dalam siri ini dolancarkan iaitu BR1204CTA, BR1204FTA, BR1104CTA, dan BR1104FTA.

Komputer riba ini menggabungkan prestasi yang dipertingkatkan, ketahanan lasak, dan ciri inovatif untuk menyokong pelajar dan pendidik dalam pembelajaran di bilik darjah atau hibrid.

Dikuasakan oleh pemproses Intel N150 dan N250, bateri komputer riba ini mampu bertahan sehingga 12 jam membolehkan pelajar belajar sepanjang hari tanpa perlu mengecas.

ASUS BR1104F
Model ASUS BR1104F
ASUS BR1104C
Model ASUS BR1104C
ASUS BR1204F 1
Model ASUS BR1204F

Antara ciri-ciri utama barisan komputer riba Siri ASUS BR ini adalah:

  • Skrin sentuh hingga 12.2 inci dengan nisbah aspek 16:10, dilindungi oleh Corning® Gorilla® Glass untuk tahan calar.
  • Papan kekunci tahan tumpahan air sehingga 405cc cecair.
  • Teknologi Antimicrobial Guard ASUS (pilihan), menghalang pertumbuhan bakteria hingga 99% untuk persekitaran pembelajaran yang lebih bersih.

Direka untuk bertahan dalam persekitaran pembelajaran aktif, setiap komputer riba ASUS ini turut menjalani ujian ketahanan ketat mengikut standard tentera MIL-STD-810H, termasuk ujian jatuh dari ketinggian 130cm dan lebih 10,000 kitaran engsel.

Anda boleh menetapkan konfigurasi spesifikasi bagi komputer riba siri ASUS BR baharu ini berasaskan keperluan anda.

Siri ASUS BR1104 kini boleh didapati di Malaysia, dengan siri ASUS BR1204 akan tersedia tidak lama lagi. Harga akan berbeza-beza mengikut konfigurasi.

Bagi pihak yang berminat, sila daftarkan minat anda di sini untuk menerima maklumat lanjut: https://my.asus.click/contactsales_pr

Untuk spesfikasi lanjut SIRI ASUS BR ini, layari:

  • ASUS BR1104C
  • ASUS BR1104F
  • ASUS BR1204C 
  • ASUS BR1204F

Beli barisan komputer riba ASUS di stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.io/clmagm3
  • Lazada – https://invol.co/clmagm1

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS Zenbook S14 (UX5406) - 'Laptop' Premium Yang Elegan Untuk Produktiviti Harian
  • ASUS Lancar Zenbook A14 Snapdragon, Hayat Bateri Sehingga 32 Jam
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G

Sumber: Siaran media ASUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY