ASUS telah mengumumkan 4 lagi komputer riba gaming siri TUF mereka iaitu ASUS TUF Gaming F15, F17, A15 dan A17. Kesemua model ini menggunakan teknologi baharu daripada generasi sebelumnya untuk memberikan pengalaman yang prestasi yang lebih mengagumkan.
Keempat-empat model ini didatangkan dengan fungsi suiz MUX yang membolehkan penggunakan menetapkan penggunaan terus kepada GPU untuk memberikan prestasi yang lebih memuaskan. Selain itu, ia juga mempunyai 84 bilah kipas Arc Flow Fan yang memberi pengudaraan lebih baik untuk memastikan komputer riba anda sentiasa sejuk.
Turut melengkapi kesemua 4 model ini adalah skrin dengan kadar segar semula yang tinggi. Anda boleh merasai pengalaman 300Hz untuk resolusi FHD ketika bermain permainan First Person Shooter (FPS) atau 165Hz pada resolusi QHD untuk pengalaman menikmati visual permainan jenis RPG.
ASUS TUF F15 dan F17
ASUS TUF F15 dan F17 dijana oleh Intel Core i7-12700H. Seperti namanya, TUF F15 akan didatangkan skrin bersaiz 15.6 inci manakala TUF F17 pula akan didatangkan dengan skrin sebesar 17.3 inci. Kedua-duanya menggunakan skrin jenis IPS FHD 144Hz.
Terdapat 3 varian GPU untuk model ini yang menggunakan GPU berbeza iaitu NVIDIA GeForce RTX 3050 4GB (TUF F15), RTX 3050 Ti 4GB (TUF F15) dan RTX 3060 6GB (TUF F15 dan F17). Varian RAM pula ada 2 iaitu, 8GB RAM DDR5-4800 dan 16GB RAM DDR5-4800. Kedua-dua model ini juga dihadirkan dengan 512GB M.2 PCIe 3.0 SSD.
ASUS TUF A15 dan A17
Beralih kepada model TUF A15 dan A17 pula. Model ini dikuasakan dengan cip dari AMD iaitu AMD Ryzen 7 6800H Mobile Processor. Seperti model F15 dan F17, saiz skrin untuk model ini sama dengan namanya iaitu A15 menggunakan saiz skrin 15.6 inci manakala A17 menggunakan saiz skrin 17.3 inci.
Juga terdapat 3 varian GPU iaitu NVIDIA GeForce RTX 3050 4GB (TUF A15 dan A17), RTX 3050 Ti 4GB (TUF A15) dan RTX 3060 6GB (TUF A15). Terdapat 5 varian untuk model ini, namun untuk varian yang paling tinggi adalah TUF A15 yang menggunakan 15.6 inci IPS FHD 300Hz, 16GB RAM DDR5-4800, 1TB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD (NVIDIA GeForce RTX 3060 6GB).
Jika anda teliti spesifikasi ini, anda akan dapati bahawa model TUF A17 tidak memiliki spesifikasi yang paling tinggi kerana ia dipegang oleh model A15. Ini pula adalah spesifikasi TUF A17 iaitu menggunakan skrin 17.3 inci IPS FHD 144Hz, 8GB RAM DDR5-4800, 512 GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD (NVIDIA GeForce RTX 3050 4GB)
Harga
Untuk harga pula, ASUS TUF F15 varian terendah bermula dengan harga RM5,299 manakala varian tertinggi TUF F17 pula adalah RM6,699. Bagi model TUF A15 dan A17, harga bermula daripada RM4,999 hingga RM6,699.
Kesemua model ini akan mula dijual pada bulan Mac 2022. Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi, anda klik pautan berikut untuk model ASUS TUF F15/F17 dan model ASUS TUF A15/A17.
Sumber: Siaran Akhbar ASUS
Baca juga: