Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix

Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix

Diterbitkan Jun 24, 2021 ยท Dikemas kini Jun 24, 2021 oleh Amsyar Latif

Sekitar Oktober tahun lalu, Nikkei Asia pernah melaporkan dimana Astro ingin menawarkan perkhidmatan penstriman mereka tersendiri bagi menyaingi Netflix.

Hasilnya tahun ini, mereka tampil dengan Sooka. Malah, Astro juga adalah penyedia kandungan rasmi bagi Disney+ Hotstar di Malaysia.

Kini, Astro sekali lagi meluas dan memperkukuhkan jenama mereka di Malaysia dengan pengumuman perjanjian strategik bersama Netflix.

Dengan ini, pelanggan Astro dapat mengakses kandungan Netflix menerusi Ultrabox selepas ia rasmi dilancarkan. Sementara Ultibox akan ditawarkan dalam beberapa bulan akan datang.

Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix

Oleh itu, koleksi-koleksi drama atau filem seperti Vincenzo, Lupin, Army of the Dead dan banyak lagi boleh ditonton secara terus dalam Astro Box.

Selain itu, kerjasama ini juga memberikan pelanggan Astro dan Netflix menguruskan akses pembayaran langganan mereka dalam satu bil yang sama.

Untuk pengetahuan, Netflix adalah syarikat perkhidmatan penstriman keempat yang bekerjasama dengan Astro selepas Disney+ Hotstar, iQiyi dan HBO.

Buat masa sekarang, Astro belum mengemukakan lagi pelan baginya. Seperti mana pada Disney+ Hotstar, caj tambahan RM5 dikenakan. Apa-apa pun, sekiranya anda berminat, klik pautan ini untuk mendaftar.

Sumber: astro

Baca juga – Ini Adalah Tiga Platform Penstriman Popular Di Malaysia

Baca juga – Astro Dan Twitter Bekerjasama Sempena EURO Dan Olimpik 2020

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY