Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Dan Twitter Bekerjasama Sempena EURO dan Olimpik 2020

Astro Dan Twitter Bekerjasama Sempena EURO dan Olimpik 2020

Diterbitkan Jun 22, 2021 oleh Wiser MY

Musim panas tahun ini kita disajikan dengan perlawanan-perlawanan dalam acara sukan antarabangsa seperti EURO 2020 dan Olimpik musim panas 2020.

Oleh itu, rangkaian televisyen Astro telah bekerjasama dengan Twitter untuk menyediakan info terkini dan sorotan video ke platform media sosial tersebut.

Peminat bola sepak boleh menonton pelbagai klip istimewa, perbincangan, dan kesemua 51 sorotan perlawanan EURO 2020 menerusi akaun Twitter Astro.

Selain itu, peminat juga boleh menyertai Twitter Spaces dimana pelbagai kandungan mengenai EURO 2020 dibualkan oleh Astro dan pengguna lain.

Dalam pada itu, Astro juga tidak melupakan atlet terbaik Malaysia yang bersaing di Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo 2020. Detik-detik kemenangan dan mendebarkan para atlet negara juga dikongsi di Twitter buat rakyat Malaysia.

Untuk dapatkan maklumat terkini, sorotan video perlawanan, dan pelbagai kandungan menarik, ikuti akaun @AstroArena dan @StadiumAstro di Twitter.

Sumber: siaran akhbar Twitter

Baca juga – Twitter Berbayar – Twitter Blue Rasmi, Ini Apa Yang Baharu

Baca juga – Saksikan UEFA EURO 2020 Dengan 4K HDR Dan Dolby Atmos Di Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY