Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sooka Astro

Perkhidmatan Penstriman Astro – sooka Kini Boleh Digunakan

Diterbitkan Jun 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada April yang lalu, Astro Malaysia akan memperkenalkan sebuah perkhidmatan penstriman baharu yang berasaskan perkhidmatan percuma dan premium (freemium).

Perkhidmatan Penstriman Astro – sooka Kini Boleh Digunakan

Perkhidmatan tersebut digelar sebagai sooka (suka) dan ia hari ini boleh dimuat turun secara rasmi oleh semua pengguna di Malaysia.

Apa yang ada dalam sooka adalah kandungan tempatan seperti drama atau program hiburan Malaysia, siaran langsung aksi sukan serta siri-siri eksklusif dan asli dari sooka.

sooka apps

Berdasarkan penggunaan aplikasi ini, ia dilihat lancar ketika menatal dan sebagainya. Antaramukanya juga kemas dan mudah untuk melihat kandungan yang ditawarkan sama ada yang percuma mahupun berbayar.

Bercakap tentang bayaran, aplikasi ini mempunyai dua pilihan pelan – VIP Entertainment (RM15.90 sebulan) dan VIP+Sports(RM41.90 sebulan, tetapi promosi sekarang hanya RM15.90 untuk 3 bulan pertama).

sooka pelan

Sekiranya berminat, anda boleh muat turun aplikasi ini secara percuma di App Store dan Play Store.

Baca juga – Mahkamah Putuskan Jual Kotak TV Dengan Kandungan Tanpa Kebenaran Langgar Akta Hakcipta

Sumber: Siaran Akhbar sooka

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY