Bagi yang tertunggu-tunggu, Disney+ Hotstar kini secara rasminya boleh digunakan buat pengguna di Malaysia.
Di sini, terdapat dua pilihan yang anda ada. Pertama, bagi pengguna Astro yang melanggan pelan Movies Pack, caj tambahan RM5 dikenakan secara automatik ke dalam bil bulanan.
Baca juga – Disney+ Hotstar Akan Tiba Di Malaysia, Ini Adalah Harga Langganan
Sama ada anda mahu aktifkan Disney+ Hotstar atau tidak, caj tersebut tetap akan berjalan seperti biasa.
Pelanggan Astro yang lain turut boleh menikmatinya dengan bundle Starter Plus Pack berharga RM68.82 sebulan atau Value Plus Pack berharga RM87.50 sebulan.
Kedua, sekiranya anda pengguna biasa yang tidak menonton televisyen dan lebih gemar akan perkhidmatan penstriman, Disney+ Hotstar boleh dilanggan secara terus menerusi aplikasinya di Android atau iOS.
Selain itu, boleh juga melanggannya melalui pelayar web melalui pautan ini. Jika dari pelayar, anda mempunyai 3 pilihan bayaran – kad kredit, kad debit atau pembayarandalam talian (online banking).
Buat masa sekarang, harganya adalah RM54.90 untuk 3 bulan dan tiada langganan secara bulanan seperti Netflix. Mungkinkah ia akan ditawarkan kelak.
Tambahan lagi, jika anda menukar DNS atau sedang menggunakan VPN, berkemungkinan anda tidak dapat akses. Ia hanya boleh diakses sekiranya menutup servis tersebut.
Baca juga – Ini Adalah Tiga Platform Penstriman Popular Di Malaysia
Oleh itu, adakah anda menyukai Disney+ Hotstar atau hanya memilih Netflix sahaja.