AS Pertimbang Halang Syarikat Dari Menggunakan Peralatan 5G Dari China

Kerajaan Amerika Syarikat seperti akan meneruskan niat mereka dalam menghalang hasil kerja dari syarikat China dalam industri teknologi 5G dan perniagaan mereka. Presiden Donald Trump mengarahkan syarikat-syarikat supaya mengambil sumber perkakasan dan segala jenis sumber teknologi rangkaian generasi bari itu luar dari negara China.

Ini berkait rapat dengan isu Huawei yang dikatakan memberi ancaman kepada kerajaan Amerika Syarikat. Oleh itu, mereka memutuskan supaya tiada urusan dengan mana-mana syarikat yang berpengkalan di China.



Akibat dari tarif yang dikeluarkan, terdapat beberapa syarikat seperti Nokia Corp. dan Ericsson, yang mendominasi penjualan peralatan teknologi tanpa wayar di Amerika Syarikat, terpaksa memindahkan lokasi operasi mereka luar dari China atau hilang hubungan perniagaan di dalam pasaran Amerika Syarikat.

Laporan dari Wall Street Journal ini menyatakan segala teknologi peralatan komunikasi termasuk teknologi 5G perlu didapati di negara selain negara China.

Jika hal ini berterusan, ia akan menambahkan lagi tekanan kepada syarikat pengeluar telefon mudah alih. Nokia dan Ericsson seperti mengambil langkah awal bagi mengelak tarif dari kerajaan Amerika Syarikat, begitu juga dengan syarikat lain yang hanya mempunyai dua pilihan, China atau keluar dari pasaran Amerika Syarikat.

Baca lagi - 6 Lagi Syarikat Teknologi Dari China Telah Disenarai Hitam Oleh A.S

-  Pengasas Foxconn Menggesa Apple Supaya Melabur Di Taiwan Selain Di China

- Kerajaaan China Dilaporkan Menyekat Rakyatnya Mengakses Ke Portal Berita Dari A.S

Sumber: engadget, gizmodo, Wall Street Journal