Beliau mengajak Apple membuat pelaburan baru di Taiwan.
Terry Gou, pemegang saham terbesar juga pengasas Foxconn menggesa Apple Inc. supaya membuat pelaburan mereka selain dari China dengan membuat pelaburan baru ke negara jirannya iaitu Taiwan.
Gesaan itu dibuat apabila beliau ditanya oleh pihak Bloomberg sama ada Apple akan memindahkan produksi pengeluaran produk mereka dari China.
Walaubagaimanapun, pembantu khas beliau, Louis Woo menjelaskan bahawa pihak eksekutif dan bakal calon pilihan raya Presiden Taiwan itu amat berharap Apple akan melabur di Taiwan, bukan memindahkan kilang mereka dari China ke Taiwan.
Terry Gou yang baru sahaja melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Hon Hai pada Jumaat lalu kini sedang fokus untuk menyertai pertandingan pilihan raya presiden Taiwan yang dijangka akan berlangsung pada tahun hadapan.
Syarikat dari Taiwan itu yang merupakan pengilang yang memasang sebahagian besar produk-produk elektronik di dunia kini dalam usaha mengembang dan sedang mencari tapak baru bagi membangunkan kilang-kilang mereka di Asia Tenggara.
Sebelum ini, pihak Nikkei melaporkan bahawa Apple telah meminta kepada para pembekal utama mereka menilai kos implikasi pemindahan antara 15%-30% keupayaan pengeluaran dari China ke Asia Tenggara.
Tetapi menurut laporan Bloomberg, Hon Hai menyatakan bahawa pihak Apple belum ada membuat sebarang permintaan seperti itu kepada mereka.
Sumber: Bloomberg
Berkaitan
- Diam-Diam Apple Watch Edisi Hermès Dilancarkan Di Malaysia, Harga Cecah RM6,549
- Tim Cook: Produk Apple Akan Datang Akan “Blow You Away”
- China Semakin Panas, Foxconn Dan Intel Diarah Henti Sementara Operasi
- Apple Malaysia Bagi Percuma Apple Pencil Dan AirPods Dalam Kempen Terbaru
- Apple Menghasilkan Topeng Muka "Mask Pro"?
- watchOS 10 Perkenal Rekaan Baru Pada Paparan Apple Watch Dan Pelbagai Ciri Baru
- AS Tuduh Bekas Jurutera Apple Cuba Curi Teknologi Untuk Diberi Kepada China
- China Dilaporkan Menutup Sementara Operasi Kilang, Foxconn, Huawei, Oppo Dan TCL Terjejas
- Dalam Diam Apple Sahkan Aplikasi DaVinci Akan Tiba Di iPad
- RESCUECOM Memberikan Gred C Kepada Komputer Apple Macintosh