Hal ini disebabkan syarikat tersebut mengalami desakan akibat daripada gerakan stafnya seluruh Amerika Syarikat yang mahu menubuhkan persatuan pekerja.
Peningkatan gaji ini adalah sebanyak 45% berbanding yang ditetapkan sejak 2018, menurut Apple, namun kalau dibanding kadar sekarang, ia hanya meningkat sebanyak ~RM8($2) sejam. Ini kerana bayaran sekarang ialah ~RM88 ($20).
Bagaimanapun, Fruit Stand Workers United (FSWU) yang terlibat dalam gerakan persatuan pekerja Apple nampaknya mungkin tidak akan berpuas hati. Ini memandangkan mereka telah meminta kenaikan sehingga RM134 ($30) sejam untuk semua pekerja kedai Apple.
Mengapa syarikat gergasi seperti Apple dilihat tidak mahu dan takut dengan gerakan pekerja ini? Asasnya, kuasa persatuan pekerja agak besar kerana organisasi ini diiktiraf undang-undang dan suaranya mendapat liputan lebih meluas berbanding individu.
Seperti dinyatakan FSWU, dengan adanya persatuan pekerja, Apple harus berunding dengan pekerja jika ada apa-apa perubahan peraturan dan sebagainya. Jika ada sebarang kesalahan, Apple boleh dikenakan tindakan berdasarkan Akta Hubungan Pekerja Kebangsaan. (National Labor Relations Act)
"Tahun demi tahun, kos sara hidup di New York sudah tidak selari dengan gaji kami. Tapi, Apple terus membangun menjadi syarikat paling bernilai di dunia. Kenapa pekerja runcitnya tidak boleh hidup senang?" luah salah seorang ahli gerakan ini.
Sebuah video tertiris di mana Deirdre O'Brien dari Apple mengatakan persatuan sebegitu akan merumitkan hubungan Apple dengan pekerjanya.
Bukan hanya pekerja runcit kedai Apple saja, CNBC difahamkan gaji pekerja korporat juga akan dinaikkan.
Menurut Economic Policy Institute, kumpulan pekerja yang mempunyai kesatuan memperoleh gaji 13% lebih tinggi daripada yang tidak mempunyai persatuan.
Sumber: Insider
Baca juga:
- Gaji Tak Naik Macam Dijanji, Pekerja Apple Tubuh Persatuan Guna Telefon Android
- Pekerja Apple Mohon Tim Cook Kecam Keganasan Terhadap Palestin
- Sisi Gelap Syarikat Apple, Sekurang-Kurangnya 13 Pekerja Bunuh Diri
- Selepas Beri Bonus RM4 Ribu, Kini Apple Naikkan Gaji Pekerja Pula
Berkaitan
- Apple Pay Dilapor Bersedia Untuk Pengguna Malaysia, Maybank Antara Disebut
- Semua Aplikasi Di Play Store Tidak Lagi Dibenarkan Rakam Panggilan Mulai Bulan Depan
- Apple Bergerak Ke Arah Mesra Alam, Bebas Karbon
- TNG eWallet Sudah Kembali Ke App Store, Tiada Lagi Sokongan Face ID
- Kini Tinggal Kenangan, Apple Umumkan iPod Touch Tidak Lagi Dikeluarkan Kilang
- Cip Apple A16 Bionic Dilapor Turut Guna Pemproses 4nm
- Apple Watch Tidak Akan Sokong Pemantauan Tekanan Darah Dan Kandungan Gula
- Tim Cook Dikatakan Pamer Sokongan Pada Ukraine Secara Halus Dalam Acara Apple
- Takut Dibawa Ke Mahkamah Oleh Qualcomm Lagi, Apple Buat Rayuan Tapi 'Kalah'
- Apple Sudah Menghubungi Pembekal Jepun Untuk Kereta Apple