Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Vision Pro Dengan Cip M5 Tawar Pengalaman Spatial Lebih Lancar Dan Nyata

Apple Vision Pro Dengan Cip M5 Tawar Pengalaman Spatial Lebih Lancar Dan Nyata

Diterbitkan Oktober 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Apple memperkenalkan Apple Vision Pro baharu yang kini dikuasakan oleh cip M5, membawa peningkatan besar dalam prestasi, visual, dan pengalaman AI. Dengan rekaan yang lebih selesa melalui Dual Knit Band, serta sistem operasi baharu visionOS 26, model ini menandakan satu lagi langkah besar dalam dunia spatial computing.

Apple Vision Pro Dengan Cip M5 Tawar Pengalaman Spatial Lebih Lancar Dan Nyata
Apple Vision Pro Dengan Cip M5 Tawar Pengalaman Spatial Lebih Lancar Dan Nyata
Apple Vision Pro Dengan Cip M5 Tawar Pengalaman Spatial Lebih Lancar Dan Nyata

Cip M5 menggunakan teknologi 3nm generasi ketiga, dengan CPU 10-teras dan GPU 10-teras yang menyokong hardware ray tracing serta mesh shading. Ini menghasilkan prestasi grafik yang lebih pantas dan imej lebih tajam pada paparan micro-OLED, yang kini merender 10 peratus lebih banyak piksel berbanding versi terdahulu. Vision Pro juga boleh mencapai kadar segar semula sehingga 120Hz, mengurangkan motion blur dan memberikan pengalaman visual lebih realistik.

Apple Vision Pro Dengan Cip M5 Tawar Pengalaman Spatial Lebih Lancar Dan Nyata
Apple Vision Pro Dengan Cip M5 Tawar Pengalaman Spatial Lebih Lancar Dan Nyata
Apple Vision Pro Dengan Cip M5 Tawar Pengalaman Spatial Lebih Lancar Dan Nyata

M5 turut hadir dengan Neural Engine 16-teras yang mempercepatkan ciri berasaskan AI sehingga 50 peratus lebih pantas, menjadikan proses seperti pembinaan Persona atau penjanaan adegan spatial lebih lancar. Pengguna juga menikmati jangka hayat bateri sehingga 2.5 jam untuk kegunaan umum dan 3 jam untuk tontonan video, serta boleh menyambung kuasa untuk penggunaan lebih lama di rumah atau pejabat.

Sistem visionOS 26 membawa pelbagai ciri baharu, termasuk widget interaktif, Persona yang lebih realistik, dan kandungan spatial daripada kamera 180° serta 360°. Apple turut menambah pelbagai kandungan baharu dalam Apple Immersive, termasuk siri, filem dan permainan seperti Control serta Glassbreakers: Champions of Moss.

Apple Vision Pro Dengan Cip M5 Tawar Pengalaman Spatial Lebih Lancar Dan Nyata

Apple Vision Pro dengan cip M5 dan Dual Knit Band kini dibuka untuk pra-tempahan di apple.com, dengan pelancaran rasmi bermula 22 Oktober. Namun, ia masih terhad di beberapa pasaran sahaja.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • iPad Pro Baharu Diperkenal - Cip M5, Rekaan Lebih Nipis
  • Cip M5 Tawar Kuasa AI 6 Kali Lebih Pantas, Kini Dalam MacBook Dan iPad Pro
  • MacBook Pro 14 Inci Baharu Rasmi — Dikuasakan Cip M5, Prestasi AI Dan Bateri Dipertingkat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY