Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kereta apple vanarama 1

Apple Sudah Menghubungi Pembekal Jepun Untuk Kereta Apple

Diterbitkan Januari 10, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Ura-ura berkenaan kereta pertama Apple bukan lagi perkara mengejutkan pada tahun 2022 ini. Sesetengah mendakwa Apple berkemungkinan melancarkan kereta pertama mereka seawal 2024 jika tiada aral melintang.

Terbaru, Nikkei Asia melaporkan pegawai Apple yang bertanggungjawab untuk alat ganti pernah menghubungi sebuah syarikat dari Jepun, Sanden berkenaan kereta elektrik Apple. Pegawai tersebut juga berkongsi lakaran skematik kereta terbabit termasuk bahagian berkaitan penyaman udara.

Sanden ialah sebuah syarikat terkenal dalam arena automotif dan pembikinan sistem penyaman udara jadi tidak pelik jika Apple ingin menjadikan mereka sebagai pembekal untuk alat ganti kereta Apple.

Bagaimanapun, perbincangan antara kedua-dua pihak bagaimanapun tidak berakhir dengan kata sepakat dan Apple dikatakan telah menghubungi syarikat pengeluar kereta lain untuk membantu pembuatan kereta mereka.

Ini selari laporan sebelum ini yang mengatakan Apple dan Hyundai telah bersetuju untuk bekerjasama dalam penghasilan kereta Apple.

Sumber: Ubergizmo

Baca juga:

  • Kereta Apple Mungkin Hadir Tanpa Stereng
  • Presiden Toyota Beri Amaran Kepada Apple Mengenai Cabaran Hasilkan Kereta Sendiri
  • Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY