Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Air baru

Apple Mungkin Tidak Guna Penamaan ‘MacBook Air’ Tahun Hadapan

Diterbitkan November 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Apple dijangka melancarkan komputer riba terbaru mereka MacBook Air yang dikuasakan cip M2 pada tahun 2022. Seperti yang diketahui, model ‘Air’ ini menyasarkan golongan yang mahukan MacBook yang nipis, ringan tetapi pada masa sama berkuasa.

Namun begitu, terdapat khabar angin mendakwa Apple mungkin tidak lagi menggunakan penamaan ‘Air’ pada model MacBook mereka bermula tahun hadapan.

MenurutĀ @dylandkt, model terbaru ‘MacBook Air’ nanti cuma dikenali sebagai ‘MacBook’ sahaja. Jika diikutkan, penamaan ‘MacBook’ pernah digunakan Apple sebelum ini.

https://twitter.com/dylandkt/status/1451273835085537284?s=21

Oleh itu, selepas ini Apple mungkin mahu memudahkan perbezaan model komputer riba Mac mereka dengan MacBook yang mana menampilkan rekaan nipis, tanpa kipas seperti model ‘Air’.

Manakala sebuah lagi yang lebih berkuasa menerusi model MacBook Pro. Penamaan sebegini juga seperti barisan iMac, iaitu ‘iMac’ dan ‘iMac Pro’. Jadi, tidak pelik jika Apple berbuat demikian.

Bagaimanapun, masih belum diketahui sama ada laporan ini benar atau tidak. Adakah Apple masih mahu mengekalkan harga mampu milik bagi ‘MacBook’ ini nanti.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • MacBook Air Mungkin Akan Diberi Nafas Baharu, Skrin Bertakuk Dan Guna Cip M2

  • Apple Bergerak Ke Arah Mesra Alam, Bebas Karbon

  • Senarai Produk Apple Harga Pelajar Dan Cara Beli

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY