Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Bergerak Ke Arah Mesra Alam, Bebas Karbon

Apple Bergerak Ke Arah Mesra Alam, Bebas Karbon

Diterbitkan Oktober 28, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam usaha ke arah kelestarian alam, pelbagai syarikat memulakan inisiatif dan kempen berupa sifar penggunaan bahan plastik, penggunaan bahan kitar semula dan lain-lain yang bersifat mesra alam. Terdahulu, Apple telah menggantikan pembalutan plastik dengan jalur kertas khas pada kotak iPhone.

Apple kini telah mempunyai 175 pembekal yang komited menggunakan 100% tenaga bersih lantas mempercepat usaha Apple ke arah matlamat mereka untuk bebas karbon menjelang 2030. Kira-kira 9 gigawatt tenaga bersih dapat dijana melalui usaha ini dan mengekang 18 juta metrik tan CO2e setahun, bersamaan C02e yang dikelauarkan 4 juta kereta.

Apple Bergerak Ke Arah Mesra Alam, Bebas Karbon
Ladang Solar Apple

Di China sahaja, terdapat 50 pembekal manakala 19 di Amerika Syarikat, 19 dari Eropah, 31 di negara Asia (India, Jepun, Korea Selatan) termasuk SK Hynix yang menjadi antara pembekal pertama dari Korea.

Di samping itu, Apple turut mengumumkan 10 projek berkenaan tenaga diperbaharui (renewable energy) melalui program Power for Impact di beberapa tempat termasuk Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Nigeria, Colombia dan Vietnam. Di Thailand misalnya, Apple terlibat dalam membantu memberikan akses bekalan elektrik serta menggantikan penggunaan diesel di perkampungan nelayan yang bergantung pada peti sejuk untuk produk mereka.

Sumber: Siaran Akhbar Apple

Baca juga:

  • MacBook Air Mungkin Akan Diberi Nafas Baharu, Skrin Bertakuk Dan Guna Cip M2
  • Apple One Premier Hadir Ke Malaysia November Ini
  • Intel Mahu “Tawan Hati” Apple Kembali

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY