Apple Mungkin Perkenal iPhone Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Paparan

Setelah dua generasi iPhone diperkenalkan tanpa imbasan cap jari, Apple kini dilaporkan mahu membawa semula ciri tersebut pada iPhone akan datang.

Ia bukanlah Touch ID seperti model terdahulu tetapi kali ini, sensor imbasan dibawah paparan akan digunakan. Difahamkan Apple sebelum ini sudah berusaha mencuba dengan pengimbas cap jari bawah paparan yang berbeza, namun tidak ada yang memenuhi kriteria mereka.

Dengan khabar angin ini, kita menjangkakan ia boleh menggantikan ciri FaceID yang lebih mahal itu kepada imbasan cap jari dan berkemungkinan, takuk pada paparan yang lebih kecil.

Khabar angin turut menyatakan model dilengkapi dengan ciri hanya dibangunkan untuk pasaran China sahaja dalam langkah syarikat itu meluaskan lagi pasaran mereka di sana.

Sumber: Global Times