Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iossssss 14

Apple Melepaskan iOS 14 Beta Kepada Umum

Diterbitkan Julai 10, 2020 · Dikemas kini Julai 10, 2020 oleh Amalina Athman

Pembangun kini tidak hanya satu-satunya yang boleh mencuba sistem operasi terbaharu Apple. Ini kerana, iOS 14 versi beta telah tersedia kepada umum bermula hari ini. Melalui pengumuman ini, pengguna mungkin boleh mencuba pelbagai ciri baru pada iOS 14.

apple beta program

Apple masih dalam perancangan untuk melepaskan versi stabil iOS 14 pada September ini. Namun, syarikat itu telah membuat keputusan untuk melepaskan versi beta setiap beberapa minggu terlebih dahulu.

Ia merupakan langkah yang baik untuk memperbaiki segala pepijat yang ada dan dalam masa yang sama dapat mengumpul data dari kumpulan pengguna yang lebih besar.

Bagaimanapun, pengguna diminta untuk tidak sewenang-wenangnya memasang iOS 14 versi beta ini kepada peranti utama yang digunakan. Bukan sahaja berkaitan pepijat, namun lebih banyak aplikasi dan ciri-ciri yang tidak berfungsi dengan baik.

Jika anda berminat untuk menyertai Apple Beta Software Program dan memasang iOS 14, ia boleh dilakukan melalui laman web Apple.

Sumber: Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
©2026 WISER.MY