Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
App Store

Apple: Kalau Bagi ‘Sideloading’, Pengguna Akan Mudah Terdedah Dengan ‘Malware’

Diterbitkan Januari 21, 2022 oleh Amsyar Latif

Jawatankuasa Kehakiman Amerika Syarikat kini bersetuju untuk meluluskan Akta American Innovation and Choice Online di mana jika sudah mencapai persetujuan, ia bakal membenarkan sideloading buat pengguna Apple.

Akta ini juga bertujuan untuk mengelakkan platform yang dominan dengan hanya menawarkan produk mereka sahaja.

Menerusinya, pengguna iPhone dan iPad selepas ini mungkin dapat menikmati sideloading pada peranti mereka. Bermakna, mereka boleh memasang aplikasi yang tidak terdapat dalam App Store.

Bagaimanapun, Apple tampil memberi maklum balas berkaitannya yang mana mereka tidak bersetuju.

Syarikat yang berpangkalan di Cupertino itu mengatakan aktiviti sideloading akan membuatkan privasi dan keselamatan dalam bahaya.

Tambah mereka, pengguna turut akan mudah terdedah dengan scam, ransomware dan juga perisian hasad (malware).

Dalam pada itu, akta ini tidak terhad untuk Apple sahaja, tetapi juga buat Facebook, Google, Amazon dan mungkin platform teknologi seperti TikTok.

Jika diikutkan, ramai pengguna mahukan sideloading di iPhone dan iPad. Agak pelik kenapa Apple tidak berbuat demikian kerana pada macOS, tidak ada masalah untuk memasang aplikasi yang bukan datang dari App Store.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • Apple Tekankan Aplikasi ‘Sideload’ Berbahaya Dan Tak Akan Tunduk Pada Kesatuan Eropah (EU)

  • Apple Kata iOS Lagi Selamat Daripada Android

  • “Android Ada Lebih Banyak Perisian Hasad Dari iOS” – Tim Cook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY