Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
password kata laluan

Apple, Google Dan Microsoft Bekerjasama Untuk Buang Ciri Kata Laluan

Diterbitkan Mei 10, 2022 oleh Firdaus

3 gergasi dunia teknologi diumumkan sedang bekerjasama untuk membangunkan sistem yang tidak memerlukan ciri kata laluan padanya. Apple, Google dan Microsoft berhasrat untuk menggantikan keperluan kata laluan dengan kaedah log masuk yang lain.

Ketiga-tiga syarikat tersebut merancang untuk mengikuti piawaian yang ditetapkan FIDO Alliance dan World Wide Web Consortium. Ini bermaksud aplikasi dan laman sesawang akan menawarkan pilihan “end-to-end passwordless option” kepada penggunanya.

End-to-end encryption bermaksud ia melindungi maklumat pengguna pada peranti pengguna dan hanya nyahsulit maklumat tersebut pada peranti penerima. Oleh itu, data maklumat yang dihantar akan kekal sulit dan tidak boleh dibaca hinggalah ia sampai kepada peranti penerima.

Daripada menggunakan kata laluan, peranti anda akan menjadi lencana identiti anda untuk log masuk dan keluar daripada aplikasi dan laman sesawang. Pengguna boleh menyahkunci pada peranti mereka hanya dengan pengesahan cap jari dan wajah.

Tanpa kata laluan, pengguna tidak lagi perlu untuk menyimpan dan mendaftarkan maklumat peribadi mereka dalam pelayan. Tetapi, data peribadi pengguna akan dilindungi dalam peranti mereka sendiri.

Hal ini demikian, Microsoft menganggarkan sebanyak 921 serangan ke atas kata laluan berlaku setiap 1 saat. Justeru, sesebuah syarikat boleh mencatatkan kerugian sebanyak USD4 juta (Sekitar RM17.538 juta). Tambahan lagi, kes ini semakin meningkat hingga 64% dari tahun 2020 hingga 2021.

Sumber: Microsoft News

Baca juga:

  • Google Kini Boleh Membuang Nombor Telefon, Alamat Pengguna Dari Hasil Carian
  • Google: Netizen Malaysia Semakin Peka Dengan Keselamatan Kata Laluan
  • PDRM Dedahkan Cara Penipuan Sindiket Tawaran Kerja Melalui WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY