Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy a acara

Kini Kalis Air, Samsung Bakal Melancarkan Siri Galaxy A Baharu Khamis Ini

Diterbitkan Mac 14, 2022 oleh Faiz Munir

Bermula bulan lepas, Samsung telah pun melancarkan siri Galaxy S22, siri peranti andalan mereka dan peranti bajet Samsung Galaxy F23 di India. Hanya yang tinggal adalah peranti pertengahan mereka sahaja yang belum dilancarkan.

Menurut Evans Blass, beliau ada berkongsi poster mengenai acara Samsung untuk siri model Galaxy A mereka di laman Twitternya pada Sabtu lalu. Daripada poster tersebut, kita dapat melihat beberapa huruf ‘A’ yang semestinya merujuk pada Galaxy A.

https://twitter.com/evleaks/status/1502382089903165446

Poster ini disahkan selepas Samsung telah mengumumkan pelancarannya hari ini. Acara tersebut akan diadakan secara dalam talian pada Khamis ini 17 Mac 2022 di saluran YouTube Samsung dan  Samsung Newsroom.

Peranti yang mungkin dilancarkan pada acara tersebut adalah Galaxy A23, A33, A53 dan A73. Beberapa hari lepas, spesifikasi untuk 2 model iaitu Galaxy A53 dan A73 telah didedahkan.

samsung galaxy a

Untuk Galaxy A73, ia mungkin didatangkan dengan skrin 6.7 inci jenis Super AMOLED Infiniti-O FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Kamera pula dilengkapi dengan 108MP lensa utama, 12MP ultra lebar, 8MP telefoto, 5MP makro dan 32MP swafoto. Yang menjanakannya adalah Snapdragon 778G, bateri berkapasiti 5,000mAh menyokong pengecasan pantas 25W.

Galaxy A53 pula hadir dengan skrin 6.5 inci juga jenis Super AMOLED Infinity-O FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Masih menggunakan sistem 4 kamera iaitu 64MP lensa utama, 12MP ultra lebar, 5MP depth, 5MP makro dan 32MP swafoto.

Dikuasakan dengan Exynos 1280 dan mempunyai bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.

Kedua-dua peranti ini akan menjalankan Android 12 dari dalam kotak dan turut menyokong storan tambahan microSD sehingga 1TB.

Sumber: Samsung, Sammobile

Baca juga:

  • YouTube Vanced Umum ‘Persaraan’, Pautan Muat Turun Akan Ditarik Balik
  • Cara Menghentikan Chrome Daripada Menyekat Proses Muat Turun
  • Makin Rancak, Call of Duty: Warzone Akan Rasmi Untuk Versi ‘Mobile’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY