Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dilapor Mahu Bangunkan Peranti Dengan Teknologi Dan Komponen Sendiri

Apple Dilapor Mahu Bangunkan Peranti Dengan Teknologi Dan Komponen Sendiri

Diterbitkan November 20, 2023 ยท Dikemas kini November 20, 2023 oleh Amal Addin

Sehingga kini, Apple masih lagi bergantung dengan syarikat lain untuk menghasilkan barisan produk mereka.

Sebelum ini, mereka dikhabarkan mahu menggunakan modem 5G sendiri yang mana mungkin selepas tahun 2026 memandangkan mereka baru sahaja memeterai perjanjian untuk terus bekerjasama.

Jika ia berhasil, Apple akan mendapat kawalan sepenuhnya ke atas kemampuan sambungan peranti.

Selain daripada modem 5G, Apple juga dikatakan mahu menggunakan paparan mikroLED sendiri, sensor untuk mengesan glukosa dalam darah, bateri dan juga sensor kamera sendiri.

Buat masa sekarang, kesemua teknologi serta komponen yang ingin dibangunkan Apple masih lagi dalam peringkat awal dan belum diketahui bilakah ia bakal digunapakai pada produknya.

Namun, sekiranya Apple berjaya berbuat demikian, ia sekaligus memudahkan mereka untuk mengoptimumkan barisan produknya serta dapat mengurangkan kos penghasilan.

Setakat ini, kita sudah lihat kemampuan cip pemprosesan Apple silicon untuk barisan komputer Mac mereka dan ia nampaknya mampu bersaing seiring dengan jenama Intel serta AMD.

Walau apa pun, Apple masih jauh lagi untuk mencapai ke arah itu dan banyak lagi yang mereka perlu lakukan.

Berkaitan

  • iPhone 'Made in India' Dijangka Meningkat Menjelang Tahun 2027
  • Kuo: Bukan Dua, Lensa Periskop Kekal Eksklusif Untuk Satu Model iPhone Sehingga 2024
  • Apple Store KL Dijadual Buka Pada Februari 2024
  • Apple Dilapor Patenkan 'Seat Belt Buckle' Yang Bernyala Apabila Tidak Dipakai
  • Meta Dilaporkan Telah Bubar Pasukan Responsible AI

Sumber: bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY