Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 9 malaysia

Selepas iPhone 16, Indonesia Kini Haramkan Jualan Google Pixel

Diterbitkan November 1, 2024 ยท Dikemas kini November 1, 2024 oleh Amalina Athman

Indonesia kini mengharamkan penjualan Google Pixel kerana kegagalan untuk memenuhi peraturan kandungan domestik, beberapa hari selepas menghalang jualan Apple iPhone 16 atas sebab yang sama.

Ia berikutan peraturan Indonesia memerlukan telefon pintar tertentu yang dijual di negara itu, mengandungi sekurang-kurangnya 40% komponen yang dikeluarkan secara domestik.

“Kami memperkenalkan peraturan ini supaya ada keadilan untuk semua pelabur di Indonesia. Produk dari Google, Google Pixel, tidak mematuhi skim yang kami tetapkan, jadi ia tidak boleh dijual di sini,” kata Febri Hendri Antoni Arief, jurucakap Kementerian Perindustrian Indonesia.

Walau bagaimanapun, Febri berkata pengguna boleh membeli telefon pintar Google Pixel di luar negara, selagi mereka membayar cukai yang diperlukan, sambil menambah negara itu akan mempertimbangkan untuk menyahaktifkan telefon yang dijual secara haram.

Sekatan ini diumumkan seminggu selepas Indonesia berkata ia telah menyekat jualan iPhone 16 di negara itu, juga kerana tidak memenuhi peraturan kandungan tempatan.

Google dan Apple bukanlah antara pembuat telefon pintar utama di Indonesia. Sebaliknya, OPPO dan Samsung mendominasi pasaran telefon pintar negara itu, sehingga suku pertama 2024.

Dalam pada itu, Google berkata telefon Pixel-nya tidak dijual secara rasmi di Indonesia. Di Asia Tenggara, Google Pixel hanya ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan Singapura sahaja.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Android 15 Versi Stabil Kini Tersedia Untuk Peranti Pixel
  • Google Pixel 9 Pro Dah Boleh Dibeli Di Malaysia, Harga Bermula RM5,199
  • Google Akan Lancar Android 16 Lebih Awal

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY