Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi iTunes U

Apple Bakal Tamatkan Perkhidmatan Aplikasi iTunes U Pada 2021

Diterbitkan Jun 11, 2020 oleh Amalina Athman

Melalui kenyataan Apple yang terkini, syarikat itu bakal menamatkan perkhidmatan aplikasi iTunes U pada akhir tahun 2021. Menurut Apple, perkhidmatan tersebut akan digantikan dengan aplikasi terkini bagi guru dan pelajar.

Sebagai tambahan kepada Classroom dan Schoolwork, Apple akan turut memperkenalkan Apple School Manager. Ia bertujuan untuk membolehkan IT Administrators menguruskan iPad, Mac, Apple TV, Apple ID, buku, dan aplikasi dengan mudah, sambil memastikan data disimpan dengan lebih selamat.

Aplikasi seperti Pages, Numbers, Keynote, GarageBand, iMovie, Clips, dan Swift Playgrounds turut mempunyai ciri khas pendidikan yang kerap digunakan oleh guru dan pelajar.

Apple Bakal Tamatkan Perkhidmatan Aplikasi iTunes U Pada 2021

Bagi penerbit kandungan umum, sehingga iTunes U ditamatkan, kandungan baru dan sedia ada akan tersedia secara umum. Bagaimanapun, Apple mencadangkan pencipta kandungan untuk cuba menggunakan pilihan lain.

Selain itu, bagi penerbit persendirian, Apple mencadangkan supaya mereka beralih ke aplikasi Schoolwork. Apple juga bercadang untuk menambah sokongan ClassKit pada aplikasi iTunes U untuk memudahkan proses pemindahan bahan pengajaran.

Pada masa ini, iTunes U akan tersedia untuk semua pengguna sedia ada bagi tahun pendidikan 2020 hingga 2021 sebelum sokongan ditamatkan pada akhir tahun 2021.

Sumber: MacRumors

Beli produk Apple dari:

Lazada (https://invol.co/closji)

Shopee (https://invol.co/closje)

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
©2026 WISER.MY