Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Chrome_1

Google Dakwa Pelayar Chrome M99 Mereka Kini Lebih Pantas Dari Safari

Diterbitkan Mac 8, 2022 oleh ariff bukhari

Google hari ini mendakwa aplikasi pelayar mereka iaitu Chrome versi M99 adalah lebih pantas dan responsif berbanding pelayar yang dibangunkan Apple iaitu Safari.

Google dakwa secara keseluruhan pelayar Chrome mereka adalah yang terpantas di komputer Apple Mac M1 dengan 7% lebih pantas berbanding Safari.

Malah Google juga mendakwa Chrome M99 menerima skor setinggi 300 dari penanda aras WebKit yang dibangunkan Apple sendiri.

Google menyatakan hasil itu diperolehi menerusi ujian yang dibuat dengan menggunakan komputer riba Apple MacBook Pro 14 inci dengan spesifikasi cip pemprosesan M1 Max 10 Teras dan RAM 64GB.

Begitu juga di platfom Android, Google dakwa Chrome kini memuat naik laman sesawang 15% lebih pantas dari sebelumnya.

Jadi, apa pandangan anda? Khususnya pengguna Mac, adakah anda akan kekal setia mengguna pelayar Safari atau beralih ke Google Chrome?

Atau anda menggunakan kedua-duanya sekali sahaja?

Sumber: Chromium Blog

Baca juga:

  • Ingat Y2K? Ia Mungkin Berulang Dengan Chrome Dan Firefox Versi 100
  • Cara Mengurangkan penggunaan RAM pada Pelayar Chrome
  • Google Akan Perkenalkan Ciri Penjejakan Terbaru Ke Atas Pengguna Pelayar Chrome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY