Apple pertama kali menyedari masalah ini pada penghujung November dimana mereka menyatakan ia melibatkan sebahagian kecil model iPhone 6s. Syarikat tersebut juga ada menyediakan program penukaran bateri secara percuma terhadap penggunan yang menghadapi masalah itu.
Walaubagaimanapun, masalah tidak terhenti disitu kerana aduan yang diterima semakin bertambah dan ia juga melibatkan model selain 6s. Seperti contoh Apple Store yang bertempat di Manhattan, Amerika Syarikat, mengenalpasti hampir 80% telefon yang bermasalah adalah disebabkan dari pepijat. Ia melibatkan model-model lain dan bukan sekadar 6s sahaja.
Sebelum ini, Apple ada memberi kenyataan bahawa masalah hanya dihadapi model 6s yang dikilangkan antara bulan September dan Oktober 2015. Dilaporkan "udara persekitaran" masuk berlebihan kedalam komponen bateri semasa proses pembuatan.
Dalam kenyataan terbaru dari Apple, mereka mengakui sebilangan kecil pengguna lain turut dikesan mengalami masalah bateri mati dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, syarikat itu tidak akan mengadakan program penukaran bateri secara percuma kerana mereka akan cuba memperbaikinya dengan kemaskini iOS yang akan datang.
Jadi bagi pemilik iPhone yang turut mengalami isu bateri mati dengan sendiri ini boleh menunggu sedikit masa lagi untuk mengemaskini telefon anda yang mungkin bermasalah disebabkan gangguan pepijat dalam perisian.
Berkaitan
- Kedai Konsep MSI Terbesar Di Dunia Terletak Di Malaysia
- Mahu Bantuan Teknikal Tentang Android? Guna Tanda Pagar #AndroidHelp Di Twitter
- (Video) Ini Mungkin Sony Xperia XA3 Ultra, Rekaan Yang Lebih Seksi
- Sudah Hampir 7 Tahun Samsung Mengatasi Nokia Dalam Pegangan Pasaran Global
- Kelajuan Internet Jalur Lebar Tetap Malaysia Dikedudukan ke-26 Manakala Internet Mudah Alih Ditangga ke-76
- Kereta Terhubung Digi Bersama AXA FlexiDriver Diperkenalkan
- Gempar! Xiaomi Memasang Aplikasi Tanpa Pengetahuan Anda
- Qualcomm Tidak Mahu Samsung Hasilkan Snapdragon 865
- Huawei Enjoy 7S Akan Dipasarkan Secara Global Dengan Nama Huawei P Smart
- Alat Kawalan Jauh Universal Terbaik Di Pasaran