Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Company_2

Apple Akan Bayar Sehingga ~RM1,645 Kepada Pemilik Model iPhone Terdahulu Yang Terjejas Dengan Isu Audio 

Diterbitkan Mei 30, 2024 oleh ariff bukhari

Apple telah ditetapkan untuk membayar sehingga $349 (~RM1,645) kepada pemilik iPhone terdahulu yang mengalami masalah audio.

Secara khususnya adalah pemilik iPhone 7 dan 7 Plus sebagai sebahagian daripada tuntutan mahkamah yang difailkan pada 2019 di Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Utara California di mana telah Apple bersetuju untuk membayar sehingga $35 juta.

Satu kumpulan termasuk semua mereka yang membayar Apple untuk membaiki atau menggantikan isu bunyi iPhone mereka akan layak mendapat sehingga $349 dan tidak kurang daripada $50 (~RM235).

Manakala kumpulan lain atau mereka yang mengadu kepada Apple tentang isu audio pula, tetapi tidak mendapat pembaikan, akan menerima sehingga $125 (~RM589).

Pertama Kali Dalam Sejarah iPhone Bewarna Merah Diperkenalkan
Diperkenalkan pada 2016 dahulu, iPhone 7 dan 7 Plus ialah iPhone kalis air pertama dan tanpa bicu audio.

Kes tuntutan itu dibuat selepas wujud dakwaan bahawa beberapa iPhone yang dinyatakan sebelum ini mempunyai masalah audio, terutamanya dengan cip IC audio, yang mengawal output audio telefon.

Walaupun Apple telah menafikan isu ini, mereka tetap bersetuju dengan pembayaran yang boleh dituntut oleh pengguna jika syarat yang diberikan dipenuhi.

Pengguna yang layak menuntut wang ini adalah mereka yang memiliki iPhone 7 atau iPhone 7 Plus yang dikeluarkan antara 16 September 2016 dan 3 Januari 2023.

Walau bagaimanapun, Apple mesti telah mendaftarkan aduan anda tentang isu audio atau isu lain yang diliputi dalam penyelesaian tersebut.

Isu yang dilindungi termasuk:

  • Pembesar suara
  • Bunyi-Mikrofon
  • Penerima Bunyi
  • Isu Restart atau Shutdown tidak dijangka
  • Kuasa Pada Peranti Tidak Responsif

Pengguna yang membayar untuk pembaikan atau penggantian yang berkaitan dengan isu di atas juga layak menuntutnya.

Mereka yang telah membuat aduan, secara automatik akan dimaklumkan melalui e-mel atau mesej tentang wang pampasan ini.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Bukan iPhone, Tapi Telefon Samsung Dan Xiaomi Adalah Yang Terhangat Di Pasaran Malaysia
  • Nothing Perkenal Phone (2a) Special Edition, Berharga RM1,699

Sumber: The News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY