Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Find My Device

Android Mungkin Akan Ada Fungsi Seperti “Find My” Apple

Diterbitkan Jun 18, 2021 · Dikemas kini Jun 18, 2021 oleh Amsyar Latif

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ekosistem dari Apple adalah antara yang terbaik pada hari ini. Fungsi “Find My” dari mereka bertujuan untuk menjejak peranti sekiranya hilang daripada pemilik.

Dengan pengenalan AirTag beberapa bulan yang lalu, ia menguatkan lagi fungsi tersebut. Pun begitu, Samsung juga apa kurangnya dengan ekosistem yang mereka ada.

Apple Find My

Baca juga – Telefon ‘Flagship’ Xiaomi Ini Mungkin Dilancar Tidak Lama Lagi

Melihat corak tersebut, Google dikatakan sedang membangunkan ciri seumpama “Find My” dari Apple dimana xda menemui kod yang tertulis dalam aplikasi “Find My Device”.

Find My Device Kod

Kod itu jelas menunjukkan fungsi untuk membenarkan peranti Android yang lain “bekerjasama” membantu dalam pencarian peranti yang hilang atau dicuri menggunakan rangkaian Google Play Services.

Android Mungkin Akan Ada Fungsi Seperti “Find My” Apple
Sumber: XDA

Buat pengetahuan, memang benar aplikasi “Find My Device” sudah lama ada di dalam Google Play. Akan tetapi sebelum ini aplikasi tersebut hanya terhad untuk menjejak peranti yang digunakan akaun yang sama sahaja.

Dalam erti kata lain, anda hanya boleh jejak peranti anda sahaja. Berbeza pula yang baharu ini, ia membenarkan fungsi pencarian peranti bukan milik anda juga melalui crowd-source network atau rangkaian peranti-peranti Android.

Itulah sistem yang digunakan oleh Apple dan masih belum wujud dalam aplikasi tersebut. Dalam kod itu juga memaparkan kod “Find My Device Network“ serta “Allows your phone to help locate your and other people’s device“.

Baca juga – “Android Ada Lebih Banyak Perisian Hasad Dari iOS” – Tim Cook

Melaluinya, ia akan membantu semua pengguna kerana Google mengumumkan bahawa setakat ini lebih 3 bilion peranti yang menjalankan sistem operasi Android.

Namun, masih belum ada tanda-tanda sama ada fungsi ini hanya eksklusif pada Android 12 sahaja atau kesemuanya sekali.

Baca juga – Cara Menukar Bunyi Notifikasi Di Peranti Android

Sumber: XDA

Foto utama: Google Find My Device

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY