Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirTag Wide

Apple Cakap AirTag Bukan Dicipta Untuk Dua Perkara Ini

Diterbitkan April 26, 2021 · Dikemas kini April 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Minggu lalu, kita dapat saksikan yang mana Apple memperkenalkan alat penjejak barangan pertama mereka, iaitu AirTag.

Aksesori itu dicipta untuk menjejak barang seperti kunci, beg atau dompet anda. Namun, bolehkah ia menjejak benda yang hidup?

Berdasarkan temu bual dengan Apple baru-baru ini, mereka mengatakan idea untuk menggunakan AirTag pada anak-anak atau haiwan peliharaan adalah tersasar dari tujuan utamanya.

Apple Cakap AirTag Bukan Dicipta Untuk Dua Perkara Ini
Sumber: Cnet

Selain itu, Apple juga menampilkan ciri keselamatan dan privasi pada AirTag. Bermakna, ia adalah untuk mengelakkan ia digunakan sebagai alat menjejak atau mengintip atau stalking.

Malah, AirTag juga akan mengeluarkan bunyi sekiranya ia terpisah dengan pemiliknya selama 3 hari. Tambahan lagi, iPhone juga mampu mengesan AirTag yang tidak dapat dikenalpasti.

Jika ibu bapa mahu memantau anak-anak, Apple menasihatkan agar mereka menggunakan Apple Watch dan menetapkan fungsi Family.

Sumber: ubergizmo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY