Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Premium_wisermy

YouTube Sahkan Tindakan Terhadap Pengguna VPN Akses Pelan Premium Lebih Murah

Diterbitkan Jun 21, 2024 · Dikemas kini Jun 24, 2024 oleh Amalina Athman

Minggu ini, sebilangan pengguna Reddit memaklumkan bahawa pelan langganan Premium telah dibatalkan kerana menggunakan VPN.

Kini, YouTube mengesahkan bahawa ia sedang mengambil tindakan tegas terhadap pelanggan Premium yang cuba menggunakan VPN untuk mengakses harga langganan lebih murah di negara lain.

Berkaitan

  • YouTube Sedang Cuba 2 Cara Baharu Dalam Usaha Sekat 'Adblock' Dan Aplikasi Pihak Ketiga
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Google Batalkan YouTube Premium Yang Dilanggan Lebih Murah Melalui VPN

Dalam kenyataan kepada TechCrunch, syarikat itu mengesahkan bahawa ia boleh mengesan apabila pelanggan memalsukan negara pendaftaran dan sistem akan menggesa pengguna untuk mengemas kini maklumat pengebilan mereka. Menurut wakil YouTube,

Untuk menyediakan pelan dan tawaran yang paling tepat yang tersedia, kami mempunyai sistem untuk menentukan negara pengguna kami. Dalam keadaan di mana negara pendaftaran tidak sepadan dengan tempat pengguna mengakses YouTube, kami meminta ahli mengemas kini maklumat pengebilan mereka ke negara tempat tinggal semasa mereka.

YouTube tidak mengesahkan atau menafikan bahawa ia telah membatalkan langganan YouTube Premium untuk amalan ini (penggunaan VPN). Sebaliknya, wakil perkhidmatan pelanggan Google mengesahkan kepada PCMag bahawa YouTube telah memulakan pembatalan keahlian Premium untuk akaun yang dikenal pasti telah memalsukan maklumat negara pendaftaran.

Pengguna yang melanggar peraturan perkhidmatan berbayar YouTube akan menerima e-mel dan notifikasi dalam aplikasi yang memberitahu mereka tentang pembatalan itu.

Untuk makluman, YouTube Premium ditawarkan pada harga langganan berbeza di pelbagai negara. Namun, ramai pengguna telah memintas yuran langganan standard YouTube Premium dengan menggunakan VPN.

Walaupun VPN biasanya digunakan untuk melindungi privasi, mencegah serangan siber serta menyembunyikan alamat IP, ia juga membolehkan pengguna seolah-olah berpangkalan di negara lain di mana langganan mungkin lebih murah atau mendapat akses kepada kandungan yang tidak dilesenkan di negara asal pengguna.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY