Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TUHU Permudahkan Servis Kereta? Ini Fungsi Yang Pengguna Patut Tahu

TUHU Permudahkan Servis Kereta? Ini Fungsi Yang Pengguna Patut Tahu

Diterbitkan November 24, 2025 · Dikemas kini November 26, 2025 oleh ariff bukhari

Mungkin ramai yang sudah tahu, salah satu rangkaian servis kereta terbesar di China, TUHU Car Care, kini secara rasmi telah pun bertapak di Malaysia dengan membuka 2 cawangan mereka yang terletak di Bandar Sunway dan Bandar Rimbayu.

Setakat 30 Jun 2025, rangkaian pusat servis kenderaan ini  sudah memiliki sebanyak 7,205 bengkel TUHU merangkumi lebih 300 bandar di hampir semua bahagian pentadbiran peringkat wilayah di China.

Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi pembaikan kereta, cucian, servis tayar dan bateri.

WhatsApp Image 2025-11-24 at 15.35.59

Perkhidmatan ini disempurnakan lagi dengan adanya aplikasi kendiri iaitu TUHU Care Care yang tersedia untuk peranti Android dan iOS.

Walaupun di Malaysia hanya ada 2 pusat servis rasmi TUHU sahaja buat masa ini, tapi anda boleh pergi ke pusat servis kenderaan yang menjadi rakan strategik TUHU.

WhatsApp Image 2025-11-24 at 15.32.53

Tempahan mudah melalui aplikasi TUHU sekali gus menjadikan pusat servis ini lebih mesra pengguna kerana ia menggabungkan servis dalam talian dan pembaikan profesional di bengkel.

Sekali gus menjanjikan pengalaman lebih mudah, telus dan berpatutan untuk pemilik kenderaan.

TUHU Permudahkan Servis Kereta? Ini Fungsi Yang Pengguna Patut Tahu
Servis basuh kereta pun ada di sini.

Kehadiran TUHU di Malaysia mendapat perhatian besar di media sosial, dengan ramai pengguna menyambut baik pilihan baharu ini.

Apa yang dapat disimpulkan adalah, TUHU Car Care menawarkan pengalaman baru untuk pengguna kenderaan di Malaysia.

WhatsApp Image 2025-11-24 at 15.41.43
TUHU Car Care tidak terhad pada sesetengah jenama sahaja, sebaliknya ia menawarkan kepada pelbagai jenis dan model kenderaan.

Aplikasi kendirinya yang melengkapkan lagi perkhidmatan mereka, memberikan kemudahan dan keyakinan kepada pengguna.

Langkah ini juga menandakan permulaan penting bagi TUHU dalam memperluas pasaran Asia Tenggara, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia untuk servis penjagaan kereta yang berkualiti tanpa penipuan.

Tidak hairanlah, jika dalam masa beberapa tahun akan datang, pusat servis TUHU ini bakal tumbuh umpama cendawan selepas hujan di seluruh Malaysia.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Pelajar UMPSA Cipta Sistem Pintar Kurangkan Risiko Kecurian Motosikal
  • 5 Jenama Bateri AA Li-Ion Boleh Dicas Semula Guna Pengecas USB-C

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY