Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_PCMAg

Aplikasi Sembang Video Popular Tapi Kontroversi Ini Telah Dibuang Dari Play Store

Diterbitkan September 4, 2023 · Dikemas kini September 4, 2023 oleh ariff bukhari

Google telah menarik keluar aplikasi sembang video langsung popular tetapi kontroversi iaitu Chamet daripada Play Store mereka.

Punca penarikan aplikasi itu dilaporkan kerana melanggar dasar kandungan dijana pengguna (UGC).

“Aplikasi yang tujuan utamanya menampilkan UGC tidak menyenangkan akan dialih keluar daripada Google Play.” Google.

Chamet berada di carta teratas dalam beberapa kategori Play Store sebagai aplikasi terlaris teratas dimana ia begitu popular dalam kalangan pengguna di India.

The #1 grossing app in the Indian app store disappeared this week. The secretive Chinese company behind it operated an 18+ UGC camgirl empire with impunity between 2020 and 2023. India was their most lucrative market. Here’s what I found at the bottom of the Chamet rabbit hole 🧵 pic.twitter.com/fZt5lMHszI

— Caleb (@caleb_friesen2) August 27, 2023

UGC ialah kandungan yang pengguna sumbangkan kepada aplikasi dan boleh dilihat atau diakses oleh sekurang-kurangnya subset pengguna aplikasi.

Laporan dari Economic Times menunjukkan, Chamet mempunyai banyak penstrim video yang terdiri daripada wanita yang menari untuk lagu atau hanya bercakap tentang kehidupan mereka, yang menjadikannya popular.

Selain daripada panggilan video, pengguna juga boleh menghantar hadiah kepada penstrim video ini melalui pembayaran dalam aplikasi.

Setakat ini, Google tidak menyatakan sama ada mereka akan merancang untuk mengambil tindakan serupa pada aplikasi sembang video langsung yang lain.

Berkaitan

  • Diskaun Sehingga 50% Ganti Bateri Dan Skrin iPhone, Berpeluang Dapat Pengecas Asli Apple Dari Machines
  • Buang 2 Aplikasi Palsu Ini Dari Peranti, Dikesan Mengintip Pengguna Android
  • Penggodam Berjaya Dedah Lebih 100 Kelemahan Kritikal iOS

Sumber: TechCrunch, The Economic Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY