Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MyJemaah Diperkenal, Rekod Kehadiran Jemaah Masjid Dengan Lebih Mudah

Aplikasi MyJemaah Diperkenal, Rekod Kehadiran Jemaah Masjid Dengan Lebih Mudah

Diterbitkan Jun 23, 2020 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan masjid dan surau dibuka kembali kepada umum untuk melaksanakan solat jemaah tetapi berdasarkan syarat tertentu. Kini, sebuah aplikasi bagi memudahkan urusan memasuki masjid telah diperkenalkan.

myjemaah

MyJemaah dibangunkan oleh AR Mechatronics sebagai aplikasi untuk menggantikan kaedah buku log bagi mencatat kehadiran jemaah.

Berbanding aplikasi MySejahtera, ia direka khusus untuk merekod kehadiran jemaah dan boleh diakses sepanjang masa mengikut tarikh dan waktu solat yang dikehendaki.

Melaluinya, bilangan jemaah boleh dihadkan dalam satu-satu masa waktu solat dan bacaan suhu juga boleh dimasukkan dalam aplikasi.

Selain itu, aplikasi MyJemaah mempunyai dwi-fungsi sama ada pengguna mengimbas pada kod QR yang dicetak oleh masjid atau pentadbiran masjid yang mengimbas kod QR pengguna.

Aplikasi MyJemaah Diperkenal, Rekod Kehadiran Jemaah Masjid Dengan Lebih Mudah

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery. Bagi pihak masjid, pendaftaran percuma boleh dilakukan dengan menghubungi AR Mechatronics melalui Whatsapp (0197339815) atau e-mel [email protected].

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY