Apex Legends Mobile Sudah Tiba Tapi Bukan Untuk Semua

Penantian yang ditunggu-tunggu telah tiba, Apex Legends Mobile yang merupakan salah satu permainan battle royale yang popular kini telah pun dilancarkan.

Apex Legend Mobile ini sepatutnya telah dijadual untuk dilancarkan pada 1 Mac lepas. Namun disebabkan terdapatnya konflik Rusia dan Ukraine, hari pelancarannya telah ditangguh hingga ke hari ini. Perkara ini ada diciapkan di Twitter Respawn sendiri.



Seperti yang anda tahu, permainan ini hanya dilancarkan untuk beberapa negara terpilih sahaja, untuk lebih tepat hanya 10 negara dan semestinya Malaysia antara negara yang tersenarai. 9 yang lain lagi adalah Australia, New Zealand, Singapura, Filipina, Indonesia, Mexico, Peru, Argentina dan Colombia.

Disebabkan juga permainan ini masih lagi belum dilancarkan secara global, Legends atau karakter permulaan yang boleh dimainkan terhad kepada Bloodhound, Gibraltar, Lifeline, Wraith, Bangalore, Octane, Mirage, Pathfinder, dan Caustic.

Perlu diingatkan, permainan ini adalah akses awal sahaja sehingga 3 May 2022. Segala pencapaian dan item yang anda peroleh ketika tempoh ini akan ditetapkan semula pada pelancaran global nanti.

Jadi semua item-item yang dikumpul akan ditukar kepada mata wang permainan. Tetapi jangan risau, skin yang diperoleh daripada Battle Pass tidak akan ditukarkan kepada mata wang dan akan diberikan semula kepada anda ketika pelancaran global.

Selain skin, anda juga boleh mendapatkan badge, weapon charm dan banner frame terhad. Item-item ini juga akan diberikan semula kepada anda ketika pelancaran global nanti.

Apex Legend Mobile ini boleh dimuat turun untuk platform Android dan iOS di Play Store dan AppStore. Kami juga ada menulis artikel berkenaan dengan spesifikasi minimum yang diperlukan menerusi pautan ini.

Sumber: Apex Legends

Baca juga: