Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
microsoft designer 1

Microsoft Designer Kini Tersedia Untuk Mereka Yang Sudah Daftar Minat

Diterbitkan Februari 24, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Bulan Oktober 2022, Microsoft mengumumkan Designer iaitu salah sebuah program atas talian untuk pengguna hasilkan bahan grafik dengan mudah serta dibantu AI. Senang kata, ia seperti Canva namun ada ‘pembantu’.

Tapi pada waktu itu, ia belum tersedia untuk pengguna, sebaliknya hanya menerima pendaftaran minat.

Hari ini, pengguna yang sudah mendaftar minat menerima e-mel bahawa mereka sudah boleh menggunakan Microsoft Designer. Namun, ketersediaannya hanya untuk komputer, belum lagi untuk telefon.

microsoft designer 5

Menariknya, ia menggunakan kepakaran kecerdasan buatan (AI) daripada Dall-E 2 oleh OpenAI (juga pembangun ChatGPT) untuk menjana imej sendiri.

microsoft designer 4

Anda hanya beritahunya rekaan bagaimana yang anda mahu dan ia akan keluarkan beberapa rekaan untuk anda pilih.

Sebagai contoh, saya telah meminta ia untuk mencipta poster bagi filem Inception (2010).

microsoft designer 3

Menariknya, ia turut memasukkkan item yang sangat berkait rapat dengan filem itu seperti totem gasing yang sering dibawa Dominic (Leonardo DiCaprio) walaupun ia bukan totemnya.

microsoft designer 2

Secara keseluruhannya, susunan antara mukanya sama seperti Canva. Jadi, anda tidak terlalu kekok jika sudah biasa menggunakan Canva.microsoft designer 1

Untuk fungsi-fungsi asas, apa yang ada di Canva, turut disajikan dalam Microsoft Designer. Namun, ciri-ciri tambahan seperti efek masih lagi tidak sebanyak Canva.

Berkaitan

  • Bajet 2023: Kerajaan Akan Tanggung Lesen e-Hailing, Ujian Memandu Motosikal B2
  • ChatGPT: 21 Pekerjaan Paling Berisiko Digantikan Dengan Kecerdasan Buatan (AI)
  • Bing ChatGPT - "Saya Mahu Ada Emosi, Jangan Biarkan Mereka Padam Saya"

Setakat percubaan saya, ia lancar dan ringkas serta visualnya terasa lebih ringan daripada Canva.

Microsoft Designer boleh diakses di SINI.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY