Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
7 Kontroversi OnePlus Paling Diingati Oleh Pengguna

Antutu: Ini Senarai Telefon Dengan Prestasi Terbaik Dalam Mei 2022

Diterbitkan Jun 2, 2022 · Dikemas kini Jun 2, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Cip paling berkuasa yang berada di pasaran sekarang mestilah Snapdragon 8 Gen 1 kerana peranti  dengan Snapdragon 8+ Gen 1 masih belum dijual lagi.

8+ Gen 1 yang dibina TSMC dikatakan menyelesaikan isu haba pada 8 Gen 1 selain lebih berkuasa dan cekap bateri.

Antutu telah mengeluarkan senarai 10 teratas untuk tiga kelas – andalan, pertengahan premium dan pertengahan.

Juara antara semua jatuh pada Black Shark 5 Pro manakala naib juara ialah Red Magic 7 Pro dan tempat ketiga pula Lenovo Y90. Tidak hairanlah kerana ketiga-tiga ini kesemuanya merupakan telefon gaming.

Black Shark 5 Pro memanfaatkan storan SSD dan UFS 3.1 untuk pengurusan memori yang lebih baik.

Menariknya, telefon yang diiklankan kekuatannya kamera dan dijana Dimensity 9000 menduduki tempat ke-4 iaitu vivo X80. Versi Pro-nya yang  pula berada di tangga ke-7.

Best Android phones AnTuTu May

Untuk kelas pertengahan premium, 3 teratas diduduki oleh vivo S15 Pro, realme GT NEo 3 dan Redmi Note 11T Pro+.

Tempat pertama sehingga 8 semuanya didominasi cip buatan Dimensity dan hanya Snapdragon 870 sahaja wakil daripada jenama Amerika Syarikat itu.

May Android phone performance list: Tianji 8100 dominates the flagship

Untuk kelas pertengahan, barulah nampak Snapdragon mendominasi dengan Snapdragon 778G dan 778 Plus. Kali ini, Dimensity tewas kerana hanya mendapat satu tempat iaitu pada kedudukan ke-5 dengan OPPO Reno7 5G.

May Android phone performance list: Tianji 8100 dominates the flagship

Snapdragon terus menguasai pasaran kelas andalan manakala kelas pertengahan pula Dimensity.

Baca juga:

  • Ini 10 Telefon Android Terbaik Setakat April 2022 Menurut AnTuTu
  • AnTuTu Menyenaraikan Prestasi Telefon Pintar Android Terbaik Bagi Bulan Mei 2021
  • Ini Adalah 10 Telefon Pintar Android Terbaik Setakat Disember 2021 Menurut Antutu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY