Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Auto

Android Auto Dipertingkat Dengan AI, Pemanduan Lebih Fokus

Diterbitkan Januari 24, 2024 ยท Dikemas kini Januari 24, 2024 oleh ariff bukhari

Google sedang mengusahakan untuk memudahkan pengguna berkomunikasi semasa memandu kenderaan mereka dengan Android Auto yang dikuasakan AI.

Google menyatakan, Android Auto akan secara automatik meringkaskan teks panjang atau sembang kumpulan yang sibuk semasa anda memandu, supaya anda boleh terus berhubung sambil kekal fokus di jalan raya.

Android Auto juga akan mencadangkan respon dan tindakan yang berkaitan yang boleh anda lakukan tanpa menyentuh telefon anda.

Jadi, jika anda perlu pergi ke tempat makan tengah hari yang dikongsi rakan anda, anda hanya boleh mengetik sekali untuk menavigasi ke lokasi yang dikongsi, menghantar anggaran masa ketibaan atau menghubungi rakan anda.

Khusus untuk pengguna telefon pintar Samsung Galaxy pula, Android Auto tidak lama lagi akan tersuai elemen reka bentuk, seperti hias latar (wallpaper) dan ikon ke dalam telefon Galaxy.

Memberikan peralihan yang lebih lancar dan pengalaman yang konsisten daripada telefon anda ke kereta anda.

Semua keupayaan baharu ini sudah mula diterima peranti Android dan pada siri Galaxy S24 secara berperingkat.

Berkaitan

  • Hanya RM1 Sahaja Untuk Anda Miliki RydeEV Dengan Langgan Pascabayar CelcomDigi
  • Sasaran 10,000 Stesen Pengecas EV Beroperasi Menjelang 2025 Akan Diteliti Semula
  • EV BYD Pada Masa Hadapan Mungkin Akan Dilengkapi Dron

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY