Hanya RM1 Sahaja Untuk Anda Miliki RydeEV Dengan Langgan Pascabayar CelcomDigi

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) hari ini menawarkan peluang untuk para pelanggannya memiliki kenderaan elektrik menerusi langganan akaun pascabayar CelcomDigi.

Tawaran ini adalah hasil kerjasama CelcomDigi dengan Yinson GreenTech.

Menerusi kerjasama antara Pusat Inovasi CelcomDigi dan Yinson GreenTech, pelanggan CelcomDigi boleh menyewa milik (lease-to-own) e-motosikal rydeEV, hanya dengan mendaftar mana-mana pelan 5G Pascabayar CelcomDigi dengan pelan ansuran Easy360.



Anda hanya perlu mendaftar untuk mana-mana pelan Pascabayar 5G CelcomDigi dan melanggan pelan ansuran Easy360 untuk menyewa milik salah satu daripada dua e-motosikal rydeEV — pada RM299 sebulan (model Ryder) atau RM430 sebulan (model Hyper) selama 36 bulan.



Selain itu, manfaat pelan ansuran Easy360 juga termasuk bayaran pendahuluan RM0 (untuk pelanggan yang berkelayakan), faedah 0% dan rebat pelan pascabayar RM10 selama 36 bulan.

Malah, pelanggan juga dapat menikmati manfaat tambahan yang berkaitan EV sepanjang tempoh kontrak, termasuklah:

  • Pertukaran bateri tanpa had di stesen-stesen bateri yang terpilih (kini tersedia di Lembah Klang)

  • Cukai jalan dan perlindungan insurans

  • Penyelenggaraan motosikal (kecuali tayar)


Selepas tamatnya kontrak selama 36 bulan, pelanggan mempunyai pilihan untuk memiliki e-motosikal dengan hanya RM1.

Kapsyen: Ryder mempunyai kelajuan maksimum 65km/j dan didatangkan dalam satu warna (merah).


Selain itu, pelanggan yang layak untuk skim rebat kerajaan, iaitu Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) juga layak menikmati rebat bernilai RM2,400 untuk pembelian e-motosikal mereka, dalam bentuk rebat bulanan RM200 selama tempoh 12 bulan.

Kombinasi pelan ansuran Easy360 dan rebat ini membolehkan pelanggan memiliki motosikal elektrik pada kos serendah RM169 sebulan untuk tahun pertama apabila mereka melanggan pelan terendah.



Anda boleh mendaftar untuk e-motosikal rydeEV dengan pelan ansuran Easy360 ini di 6 kedai CelcomDigi di seluruh Lembah Klang, dan pelan ini bakal diperluaskan ke semua kedai CelcomDigi di Lembah Klang dalam beberapa bulan akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran dan lokasi pendaftaran, layari laman rasmi Celcomdigi dan https://rydeev-ygt.com/ untuk produk dan penyelesaian rydeEV.

{suggest}

Sumber: Siaran media Celcomdigi