Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp undian poll

Pengguna WhatsApp Di Malaysia Sudah Boleh Buat Undian, Ini Caranya

Diterbitkan November 16, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Selain anda boleh mengundi semasa pilihan raya pada 19 November ini, kini pengguna WhatsApp di Malaysia juga boleh melakukan undian atau poll dalam WhatsApp.

poll whatsapp

Untuk pengguna iOS, hanya tekan ikon ‘+’ dalam perbualan sama ada dengan individu mahupun kumpulan.

whatsapp undian poll (4)

Bagi pengguna Android pula, tekan ikon klip kertas, ikon sama apabila anda mahu hantar dokumen.

Kemudian, tekan ‘Poll‘ atau ‘Tinjauan‘.

whatsapp undian poll (2)

Setakat ini, anda tidak boleh tetapkan tempoh masa undian dijalankan.

Menariknya, jika ada pilihan yang sama, ia akan memberitahu anda. Namun, hanya 12 pilihan maksimum boleh anda masukkan.

whatsapp undian poll (3)

Jika WhatsApp anda masih belum menerimanya, anda boleh cuba kemas kini melalui App Store, Play Store mahupun App Gallery.

Namun, ada beberapa dalam kalangan hamba Allah di Wiser juga masih belum menerima ciri tinjauan ini walaupun menggunakan versi terkini.

Apa boleh buat? Tunggu saja kerana nampaknya ia sedang diedarkan secara berperingkat dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri 'Mute' Grup Secara Automatik
  • WhatsApp Sedang Uji Ciri 'Do Not Disturb'
  • Cara Meningkatkan Tahap Privasi Pada "Whatsapp Web" Anda
  • Cara Menghantar Gambar Dan Video Dengan Kualiti Yang Lebih Baik Pada Whatsapp
  • WhatsApp Mula Benarkan Guna 1 Akaun Untuk Lebih Dari 1 Telefon Pintar
  • Satu Lagi Ciri Baharu Mula Ditawarkan Untuk Pengguna WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY