Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Android 12 Terima Kemas Kini Baru Bagi Menampal Kecacatan Kritikal

Posted on Februari 11, 2022Februari 11, 2022

Google telah melepaskan kemas kini terbaru yang memperbetulkan kecacatan kritikal pada ciri keselamatan peranti pintar yang menggunakan versi sistem operasi Android 12.

Berdasarkan semakan di laman rasmi buletin Android, Google menyatakan menerusi kemas kini Februari ini, mereka telah menampal kecacatan keselamatan sistem tersebut yang dikelaskan sebagai kecacatan kritikal (CVE-2021-39675).

Kecacatan itu menyebabkan penggodam boleh mengambil alih kawalan ke atas peranti Android dari jauh tanpa kebenaran pemiliknya.

Kemas kini keselamatan untuk peranti Android akan dimaklumkan oleh pihak Google kepada para pengeluar telefon pintar Android.

Kemudiannya kemas kini itu akan ditawarkan oleh para pengeluar telefon pintar Android kepada para pengguna mereka secara berperingkat.

Kebiasaannya, peranti flagship dengan versi Android terkini akan menerima terlebih dulu kemas kini daripada pengeluar. Pengguna juga akan menerima notifikasi kemas kini yang ditawarkan di peranti mereka.

Sumber: TechRadar, Android Bulletin

Baca juga:

  • PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank
  • Pengguna Malaysia Tangga Ketiga Dengan Ketagihan Telefon Paling Teruk Seluruh Dunia
  • Android 13 Diperlihat – Pilihan Tema Ikon, Privasi Dipertingkat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress