Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Anda Perlu Segera Buang 13 Aplikasi Android Ini Dari Peranti

Diterbitkan Disember 29, 2023 oleh ariff bukhari

Pasukan Penyelidik Peranti Mudah Alih McAfee melaporkan penemuan aplikasi dalam Google Play dan stor aplikasi pihak ketiga yang dijangkiti perisian hasad yang digelar Xamalicious.

Kerana ia dilaksanakan dengan Xamarin, rangka kerja sumber terbuka yang membenarkan membina aplikasi Android dan iOS dengan .NET dan C# menerusi pintu belakang Android, ia berupaya mendapatkan keistimewaan kebolehaksesan ke atas peranti untuk mengambil dan mengawal peranti sepenuhnya yang  berkemungkinan melakukan tindakan penipuan seperti aktiviti klik pada iklan, memasang aplikasi yang bermotifkan kewangan tanpa kebenaran, pengintipan dan trojan bank.

“Kami mengenal pasti pautan antara Xamalicious dan aplikasi penipuan iklan “Cash Magnet” yang mengklik iklan, memasang aplikasi dan tindakan lain secara automatik untuk menjana hasil secara diam-diam manakala pengguna yang memasangnya mungkin memperoleh mata yang sepatutnya boleh ditebus sebagai kad hadiah runcit. Ini bermakna bahawa pembangun di sebalik ancaman ini adalah bermotifkan keuntungan dan mendorong penipuan iklan, oleh itu ini mungkin salah satu muatan utama Xamalicious.” McAfee.

Anda Perlu Segera Buang 13 Aplikasi Android Ini Dari Peranti
Anda Perlu Segera Buang 13 Aplikasi Android Ini Dari Peranti
Cash Magnet menyusup ke dalam aplikasi sebagai Permainan, tersedia sehingga penghujung tahun 2023.

Google telah membuang aplikasi-aplikasi tersebut daripada stor Google Play mereka selepas McAfee melaporkannya.

Tetapi ada kemungkinan anda masih memasangnya pada peranti anda. Jika ya, anda harus memadamkannya dengan segera.

Berikut adalah senarai penuh aplikasi (dan nama pakejnya) yang pernah berada di Google Play dan bilangan muat turun yang diterima:

  1. Essential Horoscope for Android (om.anomenforyou.essentialhoroscope) – 100,000 muat turun
  2. 3D Skin Editor for PE Minecraft (com.littleray.skineditorforpeminecraft) – 100,000 muat turun
  3. Logo Maker Pro (com.vyblystudio.dotslinkpuzzles) – 100,000 muat turun
  4. Auto Click Repeater (com.autoclickrepeater.free) – 10,000 muat turun
  5. Count Easy Calorie Calculator (com.lakhinstudio.counteasycaloriecalculator) – 10,000 muat turun
  6. Sound Volume Extender (com.muranogames.easyworkoutsathome) – 5,000 muat turun
  7. LetterLink (com.regaliusgames.llinkgame) – 1,000 muat turun
  8. NUMEROLOGY: PERSONAL HOROSCOPE &NUMBER PREDICTIONS (com.Ushak.NPHOROSCOPENUMBER) – 1,000 muat turun
  9. Step Keeper: Easy Pedometer (com.browgames.stepkeepereasymeter) – 500 muat turun
  10. Track Your Sleep (com.shvetsStudio.trackYourSleep) – 500 muat turun
  11. Sound Volume Booster (com.devapps.soundvolumebooster) – 100 muat turun
  12. Astrological Navigator: Daily Horoscope & Tarot (com.Osinko.HoroscopeTaro) – 100 muat turun
  13. Universal Calculator (com.Potap64.universalcalculator) – 100 muat turun
Anda Perlu Segera Buang 13 Aplikasi Android Ini Dari Peranti
Anda Perlu Segera Buang 13 Aplikasi Android Ini Dari Peranti

Berkaitan

  • 9 Aplikasi Media Sosial Ini Adalah Yang Paling Tidak Disukai Tahun 2023
  • Ini Tindakan Segera Yang Perlu Dilakukan Jika Rasa Seperti Kena 'Scam'
  • 10 Perisian Hasad Trojan Yang Patut Anda Tahu Dan Cara Hindarinya

Sumber: McAfee

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY