9 Aplikasi Media Sosial Ini Adalah Yang Paling Tidak Disukai Tahun 2023

Berdasarkan data daripada Kepios, terdapat seramai 4.95 bilion pengguna media sosial di seluruh dunia pada Oktober 2023, mewakili 61.4% jumlah populasi dunia.

Walaupun begitu, populariti sesebuah platform media sosial itu boleh jatuh dengan cepat dan tidak disukai oleh pengguna.

Menurut laporan TRG Data Centers, walaupun platform media sosial memperkenalkan pelbagai ciri baharu, tetapi ciri baharu itu hanya diterima atau diguna pada awal pelancarannya sahaja.

Selepas itu ia melihat penurunan yang drastik.

Sebagai contoh, aplikasi Threads yang dikatakan bakal menjadi pesaing rapat bagi X. Dalam tempoh singkat, ia mengumpulkan jumlah pengguna yang sangat ramai.

Masa yang dihabiskan untuk aplikasi itu juga berkurangan sehingga kini.

Menurut data TRG Data Centers lagi, Instagram adalah rangkaian media sosial yang paling ingin dipadam oleh pengguna, dengan lebih 1 juta orang di seluruh dunia mencari 'cara memadam akaun instagram' setiap bulan pada tahun 2023.

Jumlah itu adalah lebih 12,500 orang bagi setiap 100,000 orang di seluruh dunia. Walaupun begitu, aplikasi ini masih mempunyai 2 bilion pengguna di seluruh dunia.

Tetapi, jika sejuta orang terus meminta pemadaman akaun mereka pada setiap bulan, gelembung 'Instagrammable' boleh pecah, berpotensi mengubah landskapnya hanya dalam masa setahun.

Ia diikuti oleh Snapchat, yang pertama kali dilancarkan pada 2011. Hampir 130,000 orang telah melihat untuk memadamkan akaun Snapchat mereka setiap bulan tahun ini.

Walaupun ini jauh lebih rendah daripada Instagram, jumlah itu masih merupakan sebahagian besar daripada 750 juta pengguna mereka.

Berikut adalah senarai penuh 9 aplikasi sosial media popular yang paling tidak sabar dibuang pengguna dari peranti pintar pada tahun 2023 menurut laporan TRG Data Centers:



{suggest}

Sumber: TRG Data Centers

Berkaitan