Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (16)

10 Perisian Hasad Trojan Yang Patut Anda Tahu Dan Cara Hindarinya

Diterbitkan Disember 29, 2023 · Dikemas kini Disember 29, 2023 oleh Muhd Idham

Untuk pengetahuan anda, Trojan merupakan sejenis perisian hasad (malware) yang menyamar kewujudannya sebagai salah satu sistem pengendalian yang sah seperti sistem transaksi bank, aplikasi-aplikasi perkhidmatan dan lain-lain.

Dengan keberadaan trojan ini di dalam peranti anda, pihak mereka akan dapat pengaksesan secara keseluruhan bagi peranti anda untuk mendapatkan maklumat sulit seperti akaun simpanan bank mahupun identiti anda sebagai warganegara.

Ini adalah senarai nama trojan-trojan yang masih aktif di negara-negara luar.

  • Nexus
  • Godfather
  • Pixpirate
  • Saderat
  • Hook
  • PixBankBot
  • Xenomorph
  • Vultur
  • BrasDex
  • GoatRat

Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa insiden penggodaman sistem PERKESO yang berlaku pada awal bulan Disember ini tiada kaitan dengan salah satu trojan yang tersenarai.

Jenis-jenis perisian hasad trojan

Exploit Trojan 
Mengenal pasti kelemahan sesuatu aplikasi untuk pengaksesan sistem.

Downloader Trojan
Menyamar sebagai versi baharu bagi sesuatu aplikasi.

Ransom Trojan
Memaksa pengguna untuk pulihkan peranti dengan cara transaksi duit.

Backdoor Trojan
Mengawal peranti dari jarak jauh melalui akses rangkaian.

DDoS Trojan
Memerlukan sokongan Backdoor Trojan untuk mengubah haluan rangkaian yang diakses.

Fake AV Trojan
Menyamar sebagai perkhidmatan antivirus.

Rootkit Trojan
Sembunyikan fail atau kandungan dalam peranti bagi memanjangkan tempoh serangan trojan.

SMS Trojan
Menghantar dan memintas pesanan teks.

Banker Trojan
Direka untuk mencuri data akaun bank, kad kredit atau debit serta platform pembayaran elektronik.

GameThief Trojan
Mencuri akses kepada akuan permainan dalam talian.

Cara atasi kemasukan trojan dalam peranti anda

  • Jangan tekan pautan atau muat turun kandungan dari sumber yang aneh.
  • Guna kata laluan yang unik dan berbeza untuk semua akaun dalam talian.
  • Akses URL yang bermula dengan HTTPS.
  • Log masuk akaun anda bukan melalui pautan tetapi pelayar baru ataupun aplikasi rasmi.
  • Terapkan penggunaan pengesahan dwi-faktor (2FA).
  • Pastikan sistem perisian dan pengendalian sentiasa dikemas kini.
  • Sentiasa buat sandaran (back up) fail dan dokumen penting sekiranya berlaku serangan trojan.

Berkaitan

  • Ini Tindakan Segera Yang Perlu Dilakukan Jika Rasa Seperti Kena 'Scam'
  • RedMagic 9 Pro Tersedia 1 Januari Depan, Harga Bermula RM3699
  • Xiaomi SU7: Laju Dari EV Porsche Dan Tesla, Jarak Sejauh 800KM, Harga Tak Murah
  • Bakal Dilancar Tak Lama Lagi, Tempahan Awal Siri OPPO Reno11 Dah Bermula

Sumber: CrowdStrike

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY