Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic7 Pro Beta Experiencer Program Recruitment

Anda Boleh Uji Dan Berpeluang Menang HONOR Magic7 Pro Dengan Program Ini

Diterbitkan November 18, 2024 oleh Rushsyafizal

HONOR Malaysia melancarkan Program Beta Experiencer untuk telefon pintar andalan terbarunya, HONOR Magic7 Pro, yang dijangka menjadi peranti unggul dengan MagicOS 9.0 sistem pengoperasian AI.

Program ini memberi peluang kepada peserta terpilih untuk mencuba HONOR Magic7 Pro sebelum pelancarannya di Malaysia. Peserta akan menguji ciri-ciri inovatif seperti kamera, paparan, bateri, dan prestasi peranti. Selain itu, mereka berpeluang memberikan maklum balas penting untuk memperbaiki produk akhir.

Pendaftaran ini dibuka dari 18 hingga 27 November 2024 di laman rasmi HONOR. Menariknya 50% peserta yang mencatat markah tertinggi pada penghujung program akan menerima satu HONOR Magic7 Pro secara percuma, manakala 50% peserta selebihnya setiap seorang akan menerima e-baucar bernilai RM500. (Hadiah diberikan tidak boleh dikembalikan dan tidak dilindungi di bawah mana-mana waranti).

Dengan mengumpulkan maklum balas sebenar daripada Beta Experiencers, HONOR memperolehi pandangan berguna terhadap keutamaan dan tabiat penggunaan oleh pengguna tempatan.

Maklum balas daripada Program Beta Experiencer ini juga membolehkan syarikat untuk memperuntukkan sumber secara cekap bagi menambah baik dan memperkayakan produk. Usaha-usaha ini menggariskan dedikasi HONOR dalam menyampaikan teknologi andalan yang benar-benar memberi kepuasan kepada pengguna.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • iPhone XS Max Kini Dikategorikan Produk Vintaj
  • Badan Agama Pakistan Isytiharkan Penggunaan VPN Adalah Bertentangan Dengan Syariah
  • Casio Perkenalkan Jam Cincin Digital Dengan Ciri Jam Randik Dan Penggera
  • MOSTI Akan Bangunkan LLM Versi Bahasa Melayu, Sokong Ekosistem AI Tempatan

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY