Pemilik Tesla dan juga SpaceX itu mendakwa, kekuatan AI atau kecerdasan buatan yang dipelopori di peringkat antarabangsa mungkin boleh menyebabkan perang dunia ke-3 tercetus.
Negara-negara besar seperti China, Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai kepakaran komputer sains pasti bersaing dalam membangunkan kecerdasan buatan dan inilah yang membimbangkan Musk.
Beliau menambah lagi, mungkin perang dunia ke-3 dimulakan secara tidak sengaja oleh kecerdasan buatan jika ia diberi keupayaan untuk melancarkan serangan.
Tetapi nama-nama besar dalam industri teknologi beranggapan kebimbangan yang diutarakan oleh Elon Musk itu adalah tafsiran yang salah oleh beliau.
Bulan lalu, Musk dan 100 pakar dalam bidang robotik dan kecerdasan buatan menggesa Amerika Syarikat mengambil tindakan terhadap penggunaan senjata api autonomi yang boleh menggugat kesejahteraan dunia.
Kebimbangan terhadap kecerdasan buatan turut mendapat kritikan daripada pemilik Facebook, Mark Zuckerberg.
Sumber: Elon Musk via The Telegraph
Berkaitan
- Twitter Menambah Ciri Terbaharu Untuk Peranti IOS
- Aplikasi "Remove China Apps" Sudah Dimuat Turun Lebih 5 Juta Kali
- Huawei P30 Dijadualkan Pelancarannya 26 Mac Depan
- Timbalan Menteri Kewangan: "Paywave Tidak Boleh Dipalsukan"
- Naik Taraf Kepada Android Pie Untuk Peranti Realmi Akan Bermula Jun Depan
- Adakah realme X50 5G Akan Dibawa Ke Pasaran Malaysia?
- Apple Janji Pulihkan Masalah Bateri Cepat Habis Menerusi Kemaskini iOS 11.1
- Windows Ada Dua Kelemahan Kritikal, Microsoft Menggesa Pengguna Kemaskini Secepat Mungkin
- Filem Animasi Super Mario Bakal Ditayangkan Pada 2022
- 26 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Samsung Galaxy S8 (Bahagian 1)