Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anak Dan Bapa Ini Pecah Rekod Dunia Guinness Lukisan GPS Terbesar Dengan Basikal

Anak Dan Bapa Ini Pecah Rekod Dunia Guinness Lukisan GPS Terbesar Dengan Basikal

Diterbitkan Oktober 6, 2023 · Dikemas kini Oktober 6, 2023 oleh ariff bukhari

Pada hari lahirnya yang ke-16, seorang gadis dan ayahnya memutuskan untuk memulakan pengembaraan menemui negara asal mereka sambil menyampaikan mesej positif kepada dunia.

Dari 16 hingga 31 Ogos 2023 lalu, Frédéric dan Mathilde de Lanouvelle nekad berbasikal merentasi tanah air mereka di Perancis sejauh 2,162 km (1,343 batu), sekaligus mencipta lukisan GPS terbesar di dunia dengan berbasikal (pasukan).

Duo bapa dan anak perempuan itu menunggang basikal tandem dan mencipta imej berbentuk hati.

Anak Dan Bapa Ini Pecah Rekod Dunia Guinness Lukisan GPS Terbesar Dengan Basikal
Mereka berlatih selama tiga bulan sebelum bersedia menghadapi cabaran yang memecah rekod itu.

“Saya sudah lama melukis hati ini dan saya mahu melakukannya dengan basikal dan untuk tujuan yang baik,” Frédéric ketika bercakap dengan Rekod Dunia Guinness.

“Apabila saya melihat [rekod terdahulu] berbentuk dinosaur sejauh 1025 km, […] Saya segera mencadangkan agar anak perempuan saya mencubanya dengan saya.”

lukis dinosaur guna gps
Sebelum ini, Rekod Dunia Guinness untuk lukisan GPS terbesar dipegang oleh pasukan basikal pelumba Perancis yang melukis velociraptor ini sepanjang 1,025km (636 batu) yang mengambil masa selama 43 jam 47 minit untuk disiapkan. Ia disahkan pada Mac 2023 lalu.

“Ia adalah peluang untuk berkongsi dengannya cabaran hebat yang penuh dengan nilai-nilai yang kukuh dan untuk membantu persatuan Mécénat Chirurgie Cardiaque, yang logonya ialah hati yang menyelamatkan kanak-kanak yang mengalami kecacatan jantung.”

Walaupun mereka bersedia menghadapi cabaran itu, tetapi perjalanan mereka tetap berdepan kesukaran.

“Pada hari keenam, kami menghadapi masalah teknikal yang besar. Kami berdepan rantai putus, masalah gear dan sebahagian rangka basikal retak. Kami fikir semuanya sudah berakhir.”

“Tetapi orang di sekeliling kami membantu dengan cara yang luar biasa dan kami berjaya membaiki semuanya dalam masa sehari. Kami juga mempunyai bingkai dikimpal semula!”

Hasil daripada kayuhan 2 beranak itu, mereka berjaya mengumpulkan lebih €26,000 (~RM129,326), yang akan didermakan bagi membantu menyelamatkan dua kanak-kanak.

Berkaitan

  • YouTuber Rusia Berjaya Menghasilkan Pedang Cahaya Boleh Retrak Pertama Di Dunia
  • Rekod Dunia Guinness Iktiraf Kerugian Dialami Elon Musk
  • Pelajar Universiti Cipta Rekod Dunia Baharu EV, 0-100 km/j Kurang 1 Saat

Sumber: Guinness World Record, Daily Mail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY