Gigabyte Lancarkan Kemaskini BIOS Terbaharu Untuk Papan Induk AMD Siri 500

Gigabyte hari ini mengumumkan kemaskini BIOS terbaharu untuk papan induk mereka bagi cip pemproses AMD X570, B550 dan A520.

Ia adalah untuk penambahbaikan prestasi dan keserasian agar pengguna dapat nikmati pengalaman yang baik pada PC mereka dengan cip terbaharu AMD Ryzen siri 5000.



Pada September yang lalu, Gigabyte telah melancarkan BIOS yang dapat di-boot untuk menyokong pemproses Ryzen 5000.

Walau bagaimanapun, dengan kerjasama AMD, mereka mengesahkan kod AMD BIOS AGESA terkini yang selari dengan cip terbaharu tersebut.

Selain itu, BIOS yang dioptimumkan prestasi untuk teras Zen 3 telah dimuat naik dalam laman rasmi Gigabyte buat pengguna.

Ini membolehkan pengguna boleh nikmati keserasian dan prestasi terbaik pada papan induk yang dilengkapi dengan cip Ryzen 5000.

Pengguna boleh mengemaskini BIOS pada papan induk dengan cara yang sama iaitu daripada BIOS ataupun Q-Flash.

Tambahan, pengguna yang guna cara Q-Flash boleh mengemaskini papan induk dengan tanpa pemproses, RAM atau kad grafik.

Kesemua kemaskini BIOS untuk papan induk AMD X570, B550 dan A520 sudah tersedia di laman web Gigabyte.

Namun, bagi pengguna papan induk X470 dan B450, kemaskini BIOS akan dilancarkan kemudian.

Berikut adalah papan induk dan versi BIOS yang baharu:

  • X570 - versi F31

  • B550 - versi F11

  • A520 - versi F11

  • X470 - versi F60

  • B450 - versi F60