AMD Sahkan Siri AMD Ryzen 7000 Akan Dilancar Dalam Masa Terdekat

Ketua Pegawai Ekskutif AMD, Dr. Lisa Su telah umum dan sahkan siri AMD Ryzen 7000 akan dilancarkan pada suku ketiga 2022 ini atau lebih tepatnya, bulan September ini.



AMD Ryzen 7000 merupakan siri cip pertama daripada AMD yang akan menggunakan seni bina Zen4. Nampaknya, ura-ura kedatangan siri Ryzen 7000 pada bulan September sebelum ini adalah benar belaka.

Selain cip Ryzen 7000, AMD juga akan melancarkan teknologi RDNA 3 Navi 3X untuk kad grafik baharu mereka dan cip pelayan EPYC Genoa 5nm.

Salah satu faktor yang penyumbang kepada kelancaran pengurusan AMD dalam melancarkan cip ini adalah hasil pendapatan mereka yang cemerlang di mana hampir RM30 bilion setakat suku kedua 2022 ini.

Sumber: Tom's Hardware